MSF Racing Series adalah satu acara yang padat dengan aksi dan terbesar dalam Malaysia. Terdapat begitu banyak untuk dilihat dan ia adalah idea yang baik untuk merancang hari anda supaya anda tidak ketinggalan apa-apa. Kami berikan 10 sebab kenapa anda wajib datang ke MSF Racing pusingan ke-5 pada 15/10/201/ di Litar Antarabangsa Sepang.
No.1 – Bangun Awal
Sila bangun awal dan bergerak awal ke Sepang International Circuit. Pintu pagar akan dibuka pada jam 7.30pagi. Mungkin awal bagi mereka tertentu tetapi percayalah dengan suasana festival terutamanya acara track-day dan acara kemuncak iaitu perlumbaan real-men sudah pasti akan membuatkan anda tidak mahu berganjak dan tidak mahu meletakkan kereta di kawasan yang jauh dari kawasan acara.
No.2 – Ke Kaunter/Pintu Yang Tepat
Beratur di pintu salah boleh mengecewakan dan membazirkan masa anda. Bagi para pengunjung pastikan anda melihat dengan jelas papan tanda yang bertulis SPECTATORS. Anda sudah pasti tidak mahu terperangkap dengan kehadiran 170 buah kereta perang/lumba yang sedang beratur yang juga untuk mahu mendaftar kelak.
No.3 – Cari Kedai MSF Racing
Adalah menjadi satu kerugian besar apabila tidak singgah ke kedai cenderamata MSF Racing. Ini kerana kami akan menjual T-Shirt yang sangat LIMITED kerana kami akan menukar corak di t-shirt tersebut pada pusingan seterusya. Anda juga amat digalakkan ke kedai cenderamata kami untuk mendapatkan jadual program acara.
No.4 – Wrist Tag
Pastikan anda memakai wrist tag yang betul. Jangan pakai wrist tag yang bukan dari MSF Racing. Jika tersalah anda tidak dapat menikmati suasana meriah di Sepang International Circuit. Pastikan anda memakai wrist tag anda dengan ketat dengan kehadiran mencecah 4000 orang tidak mustahil wrist tag yang dipakai secara longgar boleh tertanggal dan anda mungkin terpaksa membelinya sekali lagi.
No.5 – Gerai Makanan dan Minuman
Umum diketahui MSF Racing akan dijalankan sepanjang hari. Jika anda berasa dahaga, lapar dan sebagainya, kami telah menyediakan satu kawasan makanan yang agak luas dan selesa buat anda semua.
No.6 – Pakai Topi/Payung dan Banyakkan Minum Air
MSF Racing adalah evolusi daripada legenda SNF Racing. Dari malam kepada siang. Sepang International Circuit kalau diikutkan ramalan kaji cuaca akan panas terik. Pastikan anda memakai topi ataupun payung sepanjang festival ini berlangsung. Pastikan anda ke gerai makanan dan beli air sebanyak mungkin. Jika anda berasa pening dan kurang selesa sila jumpa marsyal kami dan mereka akan membawa anda ke Pusat Perubatan yang ada di dalam trek. Percayalah dengan suasana perlumbaan yang hebat ini akan tidak mahu berganjak dari
No.7 – Jangan Lepaskan Sesi Trofi
Sesi penyampaian trofi diadakan di podium utama – bersebelahan dengan menara kawalan. Laluan pit/pit lane akan dibuka kepada penonton untuk sesi ini. Sesi ini akan bermula selepas kategori terakhir iaitu RaceCars selesai. Jangan ketinggalan.
No.8 – Racing Simulator
Sementara menunggu kategori-kategori yang anda gemar (seeloknya semua kategori wajib ditonton), kami juga untuk menyediakan Racing Simulator buat anda semua. Bagi yang ada anak-anak boleh mengasah bakat mereka di simulator tersebut. Simulator ini kita akan letakkan di kawasan pit nanti. Racing simulator ini juga menganjurkan kejuaraan (untuk maklumat lanjut sila ke halaman Facebook rasmi mereka klik)
No.9 : Live Tracking
Pastikan anda melayari laman sesawang untuk menyaksikan secara langsung sesi perlumbaan MSF untuk mengetahui kedudukan terkini para pelumba kesukaan anda. Boleh klik di SINI.
No.10 – Saksikan Perlumbaan Tumpuan
MSF semuanya berkenaan perlumbaan. Ada 12 kategori yang dipertandingkan. Beberapa kategori yang menjadi tumpuan wajib anda saksikan.
Saga Cup yang sudah pasti mengimbau kenangan lama. Saksikan hampir 60 buah kereta Proton Saga model lama berentap untuk menduduki tempat pertama.
Superstreet pertembungan model lama dan baru yang berkuasa tinggi. Saksikan Mercedes model baru A45 berentap dengan Proton Satria bernadikan enjin Evo 3, Honda Integra DC5, Proton Wira bernadikan enjin Evo 3 berserta pacuan 4 roda (4WD).
RaceCars Open pertembungan jentera-jentera 100 peratus perlumbaan. Pertembungan para pelumba profesional negara. Kepantasan luarbiasa dimana catatan masa terpantas yang dicatatkan adalah 2m19s. Anda semua dapat saksikan jentera-jentera ini telah melalui proses modifikasi tertinggi. Ngauman enjin yang amat membingitkan. Dari 300 kuasakuda hinggalah kepada 600 kuasakuda dan pasti anda akan terkejut apabila kereta 300 kuasa kuda mampu memenangi tempat pertama kerana skil dan penyediaan jentera “perang” pada tahap tertinggi.
Save the date 15/10/2017 di Litar Antarabangsa Sepang.