2 Pusingan Terakhir, Siapa Muncul Juara Bagi Saga Cup Novice?

522
Current Championship Leader!

Saga Cup Rocco atau Novice nampaknya semakin membara. Kejuaraan telah beralih tangan apabila dirampas dengan begitu berjaya pada pusingan enduro baru-baru ini. Berbakikan dua pusingan terakhir ini kami menjangkakan pertempuran yang amat hebat. Percayakah anda, mereka yang berada di tempat tiga teratas mampu menjadi juara?

Tan Chaw Wei #522, Syed Rizal #169 dan Ahmad Faizry #10 masing dipisahkan dengan jarak mata kejuaraan yang sangat-sangat tipis. Tan Chaw Wei #522 telah merampas kejuaraan dari tangan Syed Rizal #169 pada pusingan enduro baru-baru ini. Tan Chaw Wei yang telah mempertaruhkan Ah Fai (salah seorang drifter terkemuka negara dan tidak asing dalam dunia perlumbaan) berjaya menumpaskan #169 dengan jarak masa sebanyak 31saat dan sekali gus muncul pemenang tempat pertama dan menduduki buat sementara waktu kedudukan tempat pertama dalam kejuaraan. Baik isunya, jarak antara #522 dengan #169 hanyalah 15 mata sahaja. Sangat tipis sangat goyang.

169

#169 mungkin lagi sekali akan bergandingan dengan Faisal Asri untuk memberikan tekanan tertinggi buat #522. Dari sudut catatan masa kepantasan #522 dengan #169 hanya dibezakan 1 saat sahaja. Tapi apakah #522 akan berdiam diri atau mungkin lagi sekali lagi menggunakan khidmat Ah Fai? Jika ini berlaku inilah pertempuran yang wajib anda saksikan di trek nanti dan di live tracking yang kami sediakan. Tapi jangan lupa sama sekali ancaman #10. Ahmad Faizry bukan calang-calang, berpengalaman luas juga dalam dunia perlumbaan dan tidak mustahil mampu menidakkan penguasaan mereka berdua dan boleh memaksa pertempuran untuk tempat pertama dilanjutkan hingga pusingan akhir. Jarak mata dengan pendahulu kejuaraan hanyalah 50 mata dan ini akan membuatkan #10 juga dalam radar memburu kejuaraan.

10

Amat rugi jika anda hanya duduk dirumah tidak melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana kejuaraan bagi kategori Saga Cup Rocco menjadi sangat tegang mutakhir ini. Dari atas kertas seolah-olah memihak kepada #522 tapi dibayangi #169. Namun selagi mana kibaran bendera hitam putih tidak dikibarkan awas dengan ancaman #10.

Save the date 15/10/2017 di Litar Antarabangsa Sepang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *