Super 1500 juga semakin panas membara. 2 pusingan terakhir ini boleh dikatakan sangat mencabar! Dengan berbakikan 2 pusingan ini segala kemungkinan boleh terjadi. Percayakah anda jurang perbezaan antara tempat pertama dan kedua hanyalah 30 mata sahaja? Sangat – sangat tegang!
#32 K.Logesvaran dari MTRD Sing Boy Racing merupakan pemegang tempat pertama kejuaraan bagi kategori Super 1500 buat sementara waktu. Mengekori sangat rapat adalah #189 Alex Chow dari Momentum Auto Garage. Mereka yang hanya dipisahkan 30 mata. Tekanan lebih pada #32 kerana beliau tidak boleh melakukan sebarang kesilapan kecil dan paling menakutkan apabila tidak mampu menamatkan perlumbaan. Inilah perkara yang wajib dititik-beratkan oleh #32. Tapi dalam masa yang sama, jika beliau mampu menyusun strategi dengan baik cukup sekadar menduduki tempat kedua untuk melebarkan lagi jurang mata tapi tidak selesa menjelang pusingan akhir nanti. #189 juga dari sudut atas kertas agak susah mahu memintas #32 tapi seperti mana yang kita tahu lumrah dalam dunia perlumbaan selagi mana kibaran bendera hitam putih tidak kelihatan selagi itulah peluang terbuka luas.
Tugas getir menanti #378 dari Smartroluem-RAB ProDrag. Agak sayang apabila pusingan kedua mereka kecundang walaupun dilihat agak mampu mencabar atau merebut kejuaraan pada tahun ini. Jadi mereka berkemungkinan akan menduduki tempat ketiga secara keseluruhan melainkan dua dari mereka yang berada diatas kecundang salah satu pusingan. Tugas getir #378 adalah mempertahankan tempat ketiga daripada dirampas oleh #122 Keu Shian Shi dari Momentum Auto Garage. #122 juga sayang apabila kecundang satu dua pusingan membuatkan beliau terpaksa puas hati buat sementara waktu di tempat keempat kejuaraan. Untuk mengatasi kedudukan #378, #122 juga harus bingkas bangkit pada 2 pusingan terakhir ini. Mereka berdua pernah bertempur hebat pada pusingan pertama dan tidak mustahil mereka bakal bertempur dan mungkin akan mengganggu perjalanan kejuaraan?
Save the date 15/10/2017. Semakin lama semakin tegang!