Sejarah Mungkin Tercipta, Tetapi

sta

Kategori Street Tuned merupakan satu kategori yang sangat kontroversi. Dari tahun 2012 hingga sekarang, bisik-bisik satu dua peserta langgar peraturan kapasiti enjin menjadi 2liter, menggunakan crankshaft 2liter, dan paling menarik yang tidak kena-mengena dengan kategori ini pun terkena tempiasnya. Tapi pada penghujungnya inilah membuatkan kategori ini sentiasa menjadi sebutan para pengunjung. Kategori yang menjadi ikutan kerana kebanyakkan kereta yang berentap boleh didapati di jalanan dan ada yang memandunya dari rumah ke litar!

st60

Gan Kim Koa/Philip Tang dari JDM Racing #60, bakal membuat sejarah tersendiri. Andai kata mereka berjaya memenangi tempat pertama pada pusingan kali ini maka kejuaraan buat kali ke-5 akan menjadi milik mereka. Ya, kali ke-5 berturut-turut. Satu sejarah dalam penganjuran MSF (dulu SNF), tetapi dengan syarat gandingan #60 ini wajib menduduki tempat pertama pada pusingan ke-5 dan andai kata berjaya maka seluruh negeri Melaka boleh meraikannya. Mengekori dari belakang adalah Shawal dan Roakhir #30, tapi dari atas kertas tugas untuk menganggu perjalanan kejuaraan #60 agak sukar kerana gandingan dari JDM Racing ini sangat-sangat pantas dan paling menarik enjin yang ber-cc kecil sahaja iaitu 1700cc berbanding “musuh” mereka yang menggunakan enjin bernadikan turbo.

st911

Namun saingan yang boleh diperhatikan adalah #700 Ahmad Ezani dengan #911 Zairi Latif/Faiz Sulaiman. Perebutan tempat ketiga boleh dikatakan sangat sengit. Kedua-duanya sama hebat. Dari sudut atas kertas dan kekuatan jentera memihak kepada #911 tapi dari sudut kemenangan yang menjanjikan pungutan mata lebih jatuh kepada  #700. Jadi disini kita dapat melihat kekuatan utama #700 adalah mereka sangat bijak mencuri peluang dan pungutan mata. Titik penting yang melonjakkan mereka dari kedudukan ke-5 kepada tempat ke-3 kejuaraan apabila berjaya memenangi pusingan enduro. Tugasan berat menanti #700 kerana pada bila-bila masa sahaja #911 dari sudut kepantasan mampu merampas tempat ketiga kejuaraan. Tapi apakah #700 hanya akan berdiam diri? Bagi #911 pastikan anda juga tidak membuat sebarang kesilapan kecil yang membolehkan anda tergelincir dari misi memburu tempat ketiga dan pastikan jentera anda sihat.

Save the date 15/10/2017 di Litar Antarabangsa Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *