Kejuaraan Pertama, Perang Besar, Bersedia Untuk Aksi Hebat

p1800fb

Sepanjang dalam sejarah penganjuran MSF (dulu SNF), Proton 1800 tidak pernah sehangat sebegini. Kalau ada pun ketika jentera Campro berentap sama. Selepas itu agak sepi, namun perkembangan mutakhir ini telah terpercik bara api dan bara itu semakin ketara pada pusingan enduro baru-baru ini.

Lau Seng Kiat #112 dari Ngah Motorsports telah memecahkan taboo mengatakan enjin Mitsubishi tidak pantas apabila telah berjaya mencatatkan masa terpantas 2m39s. 2 pusingan pertama telah berjaya dimenanginya dengan sangat cemerlang dan satu pusingan gagal menamatkan perlumbaan apabila terlibat dengan kemalangan di selekoh pertama dan ini sedikit merencatkan pungutan mata beliau. Beliau bingkas pada pusingan enduro apabila berjaya memenangi tempat pertama dengan begitu bergaya dan sekaligus pencabar terdekat beliau Eelan dari VAG Racing ketinggalan 115 mata. Satu jumlah yang agak selesa. Apakah harapan Eelan untuk merampas kejuaraan ini?

p1800cfb

Harapan Eelan terletak pada tangan K.Perajun #140 dan juara 2016 Nicholas Aw/SP Took dari SPV Automotive #73. Pusingan enduro sebelum berlaku pertukaran pemandu kelihatan mereka bertiga berentap dengan hebat dan ada ketikanya #140 dan #73 berada dihadapan #112. Namun apabila penukaran pemandu kedua #112 terus memacu laju dan secara konsisten mencatatkan masa 2m40s. Baik, #140 dan #73 sudah pasti akan meningkatkan kekuatan jentera mereka apabila berjaya berada rapat dibelakang #112. #35 Eelan suka tidak suka jika mahu menghidupkan peluang kejuaraan harus mengharapkan #112 menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan #35 sendiri harus menduduki tempat ketiga. Apakah ianya akan menjadi kenyataan?

p1800bfb

Bagi #112 beliau harus memasang strategi hebat. Cukup sekadar menamatkan perlumbaan di kelompok tiga teratas dua pusingan berturut-turut maka kejuaraan Proton 1800 bagi tahun 2017 akan bertukar tangan. #112 dan #140 antara pelumba yang banyak pengalamannya mana mungkin mereka tidak bertempur hebat dan #73 sebagai juara  2016 pasti tidak mahu ketinggalan dalam Perang Besar ini. Apa yang akan terjadi? Sudah berlaku dua perang dunia, kami boleh katakan perang dunia kedua versi MSF dalam perjalanan.

Save the date 15/10/2017 di Litar Antarabangsa Sepang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *