Super 1500 bakal mendapat juara baru bagi musim 2017. Jika diikutkan rentak terkini #32 K.Logesvaran dari MTRD Sing Boy Racing bakal digelar sebagai juara Super 1500! Jika beliau teruskan rentak kemenangan bergaya sejak dari pusingan pusingan kedua hingga saat ini maka seluruh pasukan MTRD Sing Boy Racing boleh bersorak gembira pada pusingan akhir nanti.
Baik, apakah kemungkinannya #32 tidak menjadi juara? Apakah dengan saingan terdekatnya menduduki tempat pertama dari saringan pertama hingga ke akhir maka impian #32 menjadi juara? Tidak, tidak begitu mudah. #32 sebenarnya sudah boleh bersiap-sedia meraikan kejuaraan 2017. Duduklah di mana-mana posisi ketika tamatnya perlumbaan #32 tetap akan menjadi juara. #32 sebenarnya amat selesa kerana beliau jika mahu bersenang-lenang sekali pun kejuaraan bakal menjadi milik beliau. Beliau boleh sahaja menduduki tempat ke-10 bagi kedua-dua saringan dan menjadi juara. Andai kata #32 mengalami masalah dan kedua-dua saringan menduduki tempat ke-11 maka kejuaraan akan menjadi milik #189 Alex Chow dari Momentum Racing Team. Itu sahaja harapan #189 untuk muncul juara.
Jadi apakah perlumbaan kali ini akan menjadi hambar? Tidak! Sepertimana yang kita sedia maklum, selagi mana kibaran bendera hitam putih tidak kelihatan selagi itulah kemenangan tidak menjadi milik sesiapa lagi. Tapi apakah ianya boleh terjadi? Seperti yang dikhabarkan selagi mana bendera hitam putih tidak dikibarkan harapan #189 masih ada walaupun tipis.
Menjadi harapan namun kecundang pada beberapa pusingan adalah persaingan antara #122 dari Momentum Racing Team Keu Shian Shi dan #378 dari Smartroleum-Rab Prodrag. Mereka yang dikhabarkan mampu menjadi juara sekarang hanya mampu merebut tempat ketiga. Diatas kertas kedua-dua nampak seimbang. Namun dari rekod kemenangan dan pungutan mata lebih kepada #122. Pusingan akhir andai kata semuanya berjalan lancar mungkin kita dapat menyaksikan pertempuran hebat mereka berdua dan barangkali mampu menggugat mereka yang berada di hadapan ini.
Save the date 2 dan 3/12/2017! Bersiap – sedia untuk pertempuran akhir yang bakal dilangsungkan di Litar Sepang. Grandstand adalah percuma!