Kategori yang baru dipertandingkan, tapi boleh tahan dramanya. Namun menarik perhatian apabila muka-muka baru mula menunjukkan taringnya dan yang mencetus juga mula menggerakkan otot. Apabila ini berlaku maka bermulalah gendang perang yang halus bunyinya di laman-laman sosial.
Konsisten, 2 kali menduduki tempat pertama dan tidak pernah terlepas menaiki podium. Apabila dua kali menduduki tempat pertama maka ini sudah cukup selesa meninggalkan saingan terdekat. #343 dari DK Motorsports gandingan Hendra/Mohd Noorhafizi dengan pungutan mata 1315 mata jika tiada halangan bakal dinobatkan menjadi juara keseluruhan. Pesaing paling hampir adalah #146 dari Flex Racing Team gandingan Mohd Yusof Muda/Chong Tun Lung. Mereka mencatatkan pungutan mata 1215.
#343 bakal dinobatkan sebagai juara cukup dengan sekadar menduduki tempat ke-4 bagi kedua-dua saringan. Walaupun #146 menduduki tempat pertama bagi kedua-dua saringan dan mendapatkan mata masa terpantas sekali pun, #343 akan menjadi juara keseluruhan dengan jarak mata 25 mata sahaja. Malah andai kata #343 menduduki tempat ke-4 saringan pertama dan kelima dalam saringan terakhir mereka masih lagi menjadi juara dengan jarak 5 sahaja. Akan tetapi mimpi ngeri bagi #343 andai kata mereka menduduki tempat ke-5 bagi kedua-dua saringan dan ini membolehkan #146 muncul juara keseluruhan dengan perbezaan 5 mata sahaja. Harapan masih ada buat #146 walaupun sangat-sangat tipis kerana #343 dari sudut rekod mungkin tidak punyai masalah untuk menduduki tempat ke-4 sekalipun.
#146 harus mengharapkan rakan-rakan lain yang pernah bertanding dalam Jazz Cup kembali semula untuk membantu dan paling kejam mungkin mengharapkan #343 gagal menamatkan perlumbaan. Apakah ianya mustahil? Selagi mana bendera hitam putih tidak dikibarkan selagi itulah medan pertempuran merebut kejuaraan terbuka. Jangan sesekali menyerah kalah, teruskan lawan dan lawan mana tahu mungkin di pusingan akhir ini #146 mungkin menjadi juara.
Save the date 2 dan 3/12/2017! Bersiap – sedia untuk pertempuran akhir yang bakal dilangsungkan di Litar Sepang. Grandstand adalah percuma!