Satu Langkah Sahaja Lagi, Jay Choong Bakal Juara

Champion In The Making!

Siapa sangka bintang muda telah mampu berada dalam posisi tepat dalam memburu kejuaraan dalam kategori dimana ramainya pelumba-pelumba hebat datang bertanding. Jay Choong #168 dari SMRT secara konsisten menduduki podium dan mengumpul mata secara purata 250 mata kini sedang mendahului kejuaraan dengan pungutan mata sebanyak 1185 mata. Dengan konsistensi beliau, kejuaraan bagi kategori Saga Cup Ron Jeremy (Expert) semakin hampir dalam dakapan.

Meskipun dalam posisi yang hampir pasti menjadi juara, #168 masih lagi tidak boleh menarik nafas lega. Mengekori rapat dengan perbezaan sebanyak 225 mata adalah Alif Hamdan #72 dari JNA-Racing Team. Ya, satu perbezaan yang sangat jauh. Tapi senario ini boleh berubah jika #172 Alif Hamdan terus – menerus menduduki tempat pertama dan #168 Jay Choong menduduki di tempat 11 bagi kedua-dua saringan, mereka berdua akan berkongsi mata sama. Situasi sama pada tahun 2016 dimana Boy Wong #21 dan Alif Hamdan berkongsi mata kejuaraan, namun kejuaraan 2016 menjadi milik Alif Hamdan kerana beliau terlebih dahulu mendapatkan mata tertinggi pada pusingan pertama. Jay Choong bakal terlepas kejuaraan ini jika situasi yang sama berlaku sekali lagi Alif Hamdan yang telah berjaya mendapat mata tinggi dari beliau pada pusingan pertama akan menjadi juara keseluruhan.

Apakah situasi ini akan terjadi? Mustahil dan tidak mustahil. Mustahil kerana jika dilihat rekod Jay Choong beliau agak konsisten dalam mengumpul mata kejuaraan dan sering menduduki podium dalam kedudukan 3 teratas. Tidak mustahil kerana ini perlumbaan bersifat pantas, dengan jumlah kereta yang berentap dalam kumpulan pertama yang melibatkan 4 kategori sebanyak 55 buah kereta dalam litar, tidak mustahil Jay Choong mungkin akan terkandas dan terpaksa menamatkan perlumbaan di kedudukan 11 bagi kedua-dua pusingan dan paling menggerunkan apabila menduduki tempat ke-12.

Kejuaraan ini pada zahirnya akan menjadi milik Jay Choong. Tapi sebagaimana kita maklum, selagi mana bendera hitam putih tidak dikibarkan, selagi itulah kejuaraan terbuka luas. Apakah kejuaraan ini akan menjadi milik Jay Choong? Mampukah Alif Hamdan sekali lagi menjadi juara keseluruhan? Semuanya terjawap kelak pada pusingan akhir MSF Racing 2017.

Save the date 2 dan 3/12/2017! Bersiap – sedia untuk pertempuran akhir yang bakal dilangsungkan di Litar Sepang. Grandstand adalah percuma!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *