Seng Kiat Juara Baru, Siapa Pemegang Tempat Kedua?

Champione!

Lau Seng Kiat akhirnya memang dijangkakan akan memegang kejuaraan Proton 1800 NA bagi musim 2017. Beliau telah membuktikan, jentera yang bernadikan 4G93 mampu mencatatkan masa yang pantas. Siapa sangka catatan masa belia adalah terpantas buat masa sekarang iaitu 2m39s! Skil dan enjin yang tahan lasak membuatkan kejuaraan musim 2017 milik #112 dari Ngah Motorsports. Tahniah buat Lau Seng Kiat.

Walaupun kejuaraan sudah ditentukan, tempat kedua masih terbuka luas. Eelan #35 pada permulaanya dilihat mampu menjadi juara, sayang sama sekali kerana gagal pada pusingan kelima beliau gagal memulakan perlumbaan bagi kedua-dua saringan dan sekaligus Lau Seng Kiat diangkat menjadi juara. Akibat daripada gagal menamatkan perlumbaan, juara tahun 2016 Nicholas Aw//SP Took dari SPV Automotive #73 merapatkan kedudukan. Perbezaan antara mereka sekarang hanyalah 20 mata sahaja. Ini bermakna tempat kedua akan menjadi satu perebutan yang sangat hebat antara mereka berdua. Dari atas kertas nampak seimbang kekuatan dua jentera ini, namun dari sudut kekerapan tidak menamatkan perlumbaan lebih memihak kepada #73. Tapi dari sudut kerap mengumpul mata kejuaraan yang tinggi juga memihak kepada #73. Eelan hanya sekali sahaja gagal menamatkan perlumbaan dan ini membolehkan beliau terus mencengkam ditempat kedua.

Suka atau tidak Eelan #35 wajib berada kedudukan atas daripada #73. Andaikata #35 ditempat kedua, #73 wajib ditempat ketiga bagi kedua-dua saringan. Begitu juga dengan #73, untuk merampas tempat kedua dari tangan #35 wajib menduduki atas daripada #35.  Jika #35 berjaya menduduki tempat kedua bagi kedua-dua saringan dan #73 menduduki tempat ketiga maka #35 akan terus mencengkam di tempat kedua dengan perbezaan sebanyak 50 mata. Bagi #73 jika terus-menerus menduduki tempat kedua bagi kedua-dua saringan akan menduduki tempat kedua dengan jarak 10 mata sahaja.

#73 dari sudut kepantasan mungkin tiada masalah untuk merampas tempat kedua tapi igauan ngeri adalah mereka pernah gagal menamatkan perlumbaan sebanyak dua kali, apakah pada pusingan akhir ini mereka mampu membuang jauh-jauh masalah tersebut? Begitu juga dengan #35, peristiwa pusingan ke-5 juga harus tidak diulang kerana jika berulang maka tempat kedua akan dirampas begitu sahaja. Akan tetapi jika kedua-duanya gagal menamatkan perlumbaan pada pusingan akhir, maka tempat kedua dan ketiga akan menjadi milik Mohd Muzri #323 dari Max Impact Auto Garage dan #119 Mohd Shafriza dari Ultra Autoparts. Ini kerana mereka hanya menunggu detik yang sesuai sahaja untuk memintas kerana perbezaan mereka antara dua kuasa yang merebut tempat kedua juga tidak jauh bezanya.

Save the date 2 dan 3/12/2017! Bersiap – sedia untuk pertempuran akhir yang bakal dilangsungkan di Litar Sepang. Grandstand adalah percuma!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *