Pasukan DNT boleh dikatakan pasukan perlumbaan yang paling berjaya buat setakat ini. 3 kemenangan untuk kategori Race Cars Open, satu pencapaian yang paling tinggi untuk kategori ini. Pasukan ini juga acapkali menduduki kedudukan top 3 dalam mana-mana kategori yang mereka sertai.
Untuk musim 2018 sudah pasti cabaran akan lebih mencabar. Para pencabar mereka sudah pasti akan meningkatkan tempo serangan dan kelajuan jentera masing-masing. Rosman Azlan atau Choman jurutera bagi setiap jentera perlumbaan DNT sudah mula merangka strategi untuk musim 2018 ini.
Choman : “Hari ini (MSF Trackday 14/1/2018) kita membuat sedikit latihan dan beberapa ujian untuk jentera Race Cars 1600 #330 dengan pelumba kami. Menyedari jentera ini kurang berkuasa sedikit maka untuk 2018 kita tingkatkan sedikit kuasa tapi masih lagi dalam mode selamat. Untuk jentera kategori lain kita masih mengekalkan lagi nadi yang sama. Walaupun dalam kategori Race Cars Open ada yang mula menukar dari NA kepada turbo, bagi DNT kita kekalkan lagi kerana masih banyak lagi ruang yang boleh diterokai untuk K-Series NA dan paling penting konsisten habis setiap pusingan dan kejuaraan harus dikekalkan.”
DNT boleh dikatakan sudah bersedia untuk bertempur lagi sekali dalam medan perang MSF untuk musim 2018. Persaingan boleh dikatakan menarik dan samar-samar siapakah yang mampu mendominasi dari awal hingga akhirnya.