Hari ahad baru-baru ini, MSF telah menganjurkan acara trackday yang pertama bagi tahun 2018. Ramai para peserta MSF datang dalam sesi ini untuk menguji jentera sebelum ke medan perang MSF 2018. Bagi FAWSTER Motorsports mereka juga tidak kurang sibuknya kerana terlibat secara langsung dengan para pelumba MSF dalam mencari setup sesuai dalam misi mencapai keputusan optimum.
Fawster yang bukan sahaja menjual produk, mereka juga menyediakan servis – servis yang berkaitan dengan handling dan mereka juga menyediakan khidmat teknik pemanduan dari Faidzil Alang.
Faidzil Alang : “Hari ini (MSF Trackday 14/1/2018) kita dapat menguji satu dua jentera yang terlibat secara langsung dengan MSF dan satu dua kaki Trackday. Bagi jentera MSF ada banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki terutamanya dari sudut handling dan setup. Ada yang sebahagiannya mengalami masalah understeer melampau tanpa mereka sedar, ada yang mengalami masalah kereta tak berapa dengar cakap dan mudah hilang kawalan, jadi kita (Fawster) telah dapat mengenal-pasti masalah dan akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin sebelum pusingan pertama bermula. Kita juga dapat membuat sesi latihan one – to – one dengan mereka dan dapat mengenal pasti corak pemanduan mereka dan dalam proses memberikan teguran dan tips-tips.”
Fawster yang terlibat secara langsung dengan beberapa orang pelumba selain daripada pasukan Fleetoil Racing Team sudah pasti mengharapkan mereka yang mendapat sentuhan mereka akan mencatatkan satu keputusan yang sangat baik dan lebih baik dari tahun lepas. Jumpa pusingan pertama nanti!