Terbitnya artikel ini, maka gendang perang MSF 2018 dipalu dan secara rasmi MSF Racing Series musim 2018 menunggu kedatangan para pahlawan dari serata tanah air. Selamat kembali kepada para pahlawan MSF yang hebat-hebat ini.
Peraturan baru sepertimana yang tertera dalam peraturan teknikal tahun 2018 akan menjadikan pertandingan ini lebih menarik. Larangan keras penggunaan minyak perlumbaan (racing fuel) sepertimana tertera dalam 8.5 peraturan teknikal pastinya akan menjadikan pertandingan ini lebih saksama secara teorinya. Secara praktikal walaupun tanpa penggunaan minyak perlumbaan ada yang sangat-sangat pantas jika tidak pantas tukar cara memandu atau tukar mekanik. Baik untuk artikel kali ini kita senaraikan siapa yang dijangka menyerlah. Kena ingat ini hanyalah jangkaan, mungkin senarai akan berubah sama sekali kerana MSF memang terkenal dengan kejutan.
- #32 K.Logesvaran aka Sing Boy : Tahun 2017 beliau juara meskipun mula agak lambat. Tapi jika dilihat prestasi sekarang tidak mustahil beliau menjadi watak utama yang wajib ditumbangkan. 2018 dari atas kertas kalau semuanya ikut perancangan, mungkin kali kedua juara?
- #189 Alex Chow tahun 2018 jika dilihat rekod percapaian tidak mustahil mampu menggangu-gugat perjalanan Sing Boy untuk muncul juara. Jentera ini telah mencatatkan masa terpantas 2m45s. Kepantasan luarbiasa hampir menyamai kepantasan Street 1600. Ada yang pertikaikan kesahihan kapasiti enjin mereka tapi pihak scrut sudah membuat pemeriksaan ternyata sememangnya mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Hebat bukan?
- #688 Lau Kah Chai, kejutan dari rookie grassroot amat mengagumkan. Meskipun menduduki tempat kelima keseluruhan namun kami menjangkakan sekali lagi beliau mampu mencuri perhatian orang ramai.
- #378 Shahril Noorafuddin, pantas tapi kurang konsisten. Namun jika dilihat kepantasan jentera kecil ini tidak mustahil juga mampu muncul juara. Dengan kepantasan secara purata 2m48s dan terus konsisten tidak mustahil misi juara berjaya dilaksanakan.
- #122 Keu Shian Shi, juga antara watak awal yang sangat dominan pada awalnya namun sayang, tidak konsisten menyebabkan beliau tidak mampu mencabar tampuk kejuaraan. Jika masalah yang sering beliau hadapi tidak mustahil juara mampu beralih arah.
- #916 Mohamed Hafez (Mycil) / Gan Kiat Huat muka baru yang menyertai kategori ini. Kami menjangkakan pencabar baru ini mampu mengubah corak pertempuran dalam kategori ini. Tapi gandingan ini masa Special Kei sangat dominan sebab hanya berlumba 3 kereta sahaja. Berdepan dengan 55 buah kereta mungkin sukar pada permulaannya. Tapi tidak mustahil untuk dominan.
Senarai ini boleh berubah ketika pusingan pertama bermula. Perhatikan watak – watak yang tidak kurang hebatnya seperti Syed Hariery/Nik Shahrul #141, Amirul Haikal #225. Ini semua berpotensi untuk menduduki top 5 meskipun mungkin gagal menduduki top 3.
Save the date 25/2/2018. MSF Racing Series 2018 pusingan pertama akan bermula tidak lama lagi. Bersiap – sedia Malaysia!