Malaysia Speed Festival Superbikes ingin mengumumkan rakan penaja bagi musim 2018 salah satunya ialah K-TECH Suspension. K-TECH Suspension sememangnya terkenal menyediakan perkhidmatan suspension buat motorsikal berkuasa tinggi dan terbukti kehebatannya di litar.
Kerjasama ini sudah pasti akan membuka satu lebaran baru dalam industri sukan permotoran dua roda di dalam tanah air kita.
Joachim Sebastian : “Merupakan satu kepentingan atau kerjasama terbaik antara Kratos Motorsports Sdn Bhd (K-TECH Suspension) dengan satu siri perlumbaan yang semakin meningkat naik iaitu MSF Superbikes. Pihak kami juga akan memberikan sokongan teknikal kepada seluruh para peserta MSF Superbikes ketika hari perlumbaan nanti.”
Liew Chin Hooi : “Kami sudah lama bekerjasama ketika waktu permulaan acara track day dibuat. Saya amat yakin dengan kerjasama ini dapat memeriahkan lagi acara sukan perlumbaan superbikes yang semakin hari semakin dinantikan. Peluang terbaik untuk setiap pelumba mendapat sentuhan akhir sebelum saringan akhir bermula.”
Sekali lagi kami ucapkan kepada K-TECH Suspension, selamat datang ke Malaysia Speed Festival Superbikes 2018. Moga kerjasama ini akan memberikans satu impak besar dalam industri permotoran tanah air.