1.MSF Superbikes Racing. Julung kalinya akan diadakan di dalam Malaysia Speed Festival. Deruman enjin yang padu dengan kelajuan mencecah 300kmh di dua laluan lurus Litar Sepang, mengambil selekoh dengan kelajuan luar biasa dan memintas lawan masing-masing di sudut sukar sudah pasti menjanjikan satu aksi yang tidak mungkin anda lupakan.
2.MSF Drift Gonzo, pusingan pengenalan pada pusingan akhir tahun 2017 telah memberikan satu fenomena baru dalam sukan drift dimana aksi drift ini lebih kepada aksi wajib melanggar objek yang ditetapkan untuk mendapat mata. Anda wajib datang ke Litar Sepang untuk menyaksikan cara baru sukan drift di dalam tanah air kita.
3.MSF Racing Cars. 175 buah kereta bersamaan hampir 300 orang pelumba sudah cukup menggambarkan betapa sukan perlumbaan semakin lama semakin popular. Anda semua dapat menyaksikan pelbagai model kereta menyertai MSF Racing Cars dari Proton Saga hinggalah ke Toyota GT86. Adalah menjadi satu kerugian jika anda hanya menghabiskan masa hari minggu anda di rumah sahaja.
4.Merchandise MSF. Dapatkan baju-baju keluaran MSF edisi terhad di gerai jualan baju MSF. Baju-baju ini tidak mungkin anda dapatkan di pusingan-pusingan lain kerana selalunya selalu kehabisan stok!
5.Anda boleh ke pit 21 untuk mencuba skil anda sebagai seorang pelumba, dimana kami turut menempatkan simulator. Peringkat awal untuk menjadi pelumba boleh mencubanya di racing simulator. Malah anda juga boleh melihat tayar keluaraan Hankook yang diguna-pakai oleh para pelumba MSF Racing Cars.
6.Terus pergi ke pit 24, dimana FAWSTER Motorsports pengeluar sistem suspensi terkemuka di dalam tanah air dengan pengalaman dalam dunia perlumbaan selama lebih dari 20 tahun dan kerap menjadi juara dalam dunia perlumbaan akan mempamerkan bagaimana sebuah kereta ditala untuk menjadi pantas di setiap selekoh. Kekuataan enjin tidak menjamin kemenangan jika sistem kawalan dan suspensi diabaikan.
7.Terus pergi ke pit 25 dimana anda juga dapat melihat keluaran bateri jenama tempatan iaitu Fleet Battery dipamerkan. Percayakah anda, Fleet Battery mempunyai kuasa yang lebih tinggi daripada jenama bateri lain.
8.Bagi peminat motorsikal boleh terus ke South Paddock dan menuju ke pit nombor 1, dimana anda boleh melihat sendiri sistem suspensi untuk motorsikal yang berkualiti tinggi dari K-TECH akan dipamerkan.
9.Percayakah anda untuk melihat semua ini anda hanya perlu membayar harga tiket serendah RM20.00 hingga ke RM35.00 (satu kepala dan kanak-kanak bawah 12 tahun percuma) dan RM10.00 untuk parkir kereta sahaja? Ianya amat murah dan amat berpatutan.
10.Percayakah anda GRANDSTAND adalah percuma! Ya percuma.
Jadi tunggu apa lagi. Jom serang Litar Sepang pada 7 dan 8/4/2018. Malaysia Speed Festival pusingan kedua!