Dari atas kertas keputusan 4AGE masih lagi mendominasi untuk pusingan pertama dengan jayanya. Akan tetapi tiada lagi dominasi mutlak secara total dari tempat pertama hingga kelima. Dominasi nampaknya berjaya dipecahkan oleh rival ketat dari zaman 90an, B16 VTEC!
Zuhaidi Ishak #2 dari Fleetoil Racing Team dan Gan Kim Koa/Philip Tang #60 dari JDM Racing telah berjaya memecahkan dominasi mutlak 4AGE dengan jayanya. Ya, meskipun gagal menduduki tempat pertama namun ini merupakan satu loceng amaran buat pejuang-pejuang 4AGE, mungkin ini yang dikatakan mimpi ngeri anda sudah tiba. Perhatikan saja kepantasan #60, dengan catatan masa terpantas 2m39s dan terpantas untuk kategori Street 1600 ini sudah cukup mengambarkan betapa kategori ini dijangka menarik. Sayang buat gandingan ini pada asalnya mungkin mampu muncul juara tapi atas kelalaian ketika Yellow Flag restart mereka melakukan sedikit kesilapan dan menghukum mereka tambahan 15 saat. Begitu juga dengan Zuhaidi #2, dengan catatan masa 2m42s cukup memecahkan dominasi bertahun ini.
Tetapi loceng amaran ini sebenarnya disambut hebat oleh Hazrin Khaidi/Azri dari JMS Tuner. Hanya dibezakan satu saat dari catatan masa terpantas dari #60, mereka mencatatkan masa 2m40s. Ini sudah cukup jelas, 4AGE bersedia bertempur dengan hebat untuk terus memastikan takhta Street 1600 digenggam erat. Soalnya apakah sahutan cabaran ini dapat diterjemahkan dengan format baru MSF pusingan kedua ini iaitu 10laps?
Pusingan kedua ini dijangka lebih mencabar. Ketahanan enjin menjadi cabaran yang paling utama. 10 lap dan dengan mewajibkan setiap peserta masuk ke pit selama 3 minit dan menyambung kembali perlumbaan akan menguji strategi pasukan, pengurusan tayar, tumpuan pelumba dan ketahanan enjin.
Siapa dijangka memegang tempat pertama untuk pusingan kedua penuh dengan cabaran ini? #60? #2? #501? #111? #786 atau #96 Ahmad Firdaus Azman/Khairi Mohamed dari DRX satu-satunya jentera Mitsubishi yang nampak garang. Tapi mampukah jentera ini bertahan?
Save the date 8/4/2018 di Litar Antarabangsa Sepang!