Buat julung kalinya MSF Superbikes akan mengadakan perlumbaan. Jika selama ini hanya berkisarkan trackday dan time attack, atas desakan maka siri perlumbaan MSF Superbikes diadakan. MSF Superbikes terbahagi kepada dua kategori utama iaitu MSF Superbikes Super1000 dan Super400.
MSF senantiasa mahukan pertempuran ini lebih adil dan seimbang. Maka setiap kategori akan ada beberapa sub-kategori. Sub-kategori ini akan ditentukan catatan masa. Ini sekaligus mereka yang mungkin baru berjinak-jinak dengan perlumbaan motorsikal tidak merasa segan untuk bersaing dengan mereka yang lebih berpengalaman dan jentera mereka yang sudah sedia tiptop dan ianya memungkinkan anda menduduki podium. Maklumat tersebut boleh didapati di ruangan Racers Info.
MSF Super1000 telah menerima penyertaan yang menggalakkan. Penyertaan yang telah diterima dari Terengganu, Johor dan paling menarik adalah penyertaan kelas CC tinggi dari wanita. Dari Terengganu kita mendapat penyertaan dari Gan Lam Sum dari Mbekkk Racing Team, dari Johor pula Man Wong Mah dari Motormatic dan Nur Zaleeka Zailan dari ZZ Racing Team yang akan menunggang Kawasaki ZX10R. Ramai lagi yang telah mengesahkan penyertaan mereka. Semuanya bersiap-sedia untuk bertempur hebat.
Paling mengejutkan MSF Super1000 juga bakal mendapat penyertaan dari pelumba yang hebat-hebat. Antaranya Michael J. Meusel yang menjadi juara MSF Superbikes Time Attack baru – baru ini dengan catatan masa 2m14s! Adeeb Ali tidak perlu dipersoalkan lagi siapakah beliau, pelumba yang sangat berpengalaman. Paling mengejutkan pengesahan dari satu pasukan yang hebat Hiap Aik Suzuki Racing Team yang bakal menampilkan Jin dan Cy Khoo.
Sekadar menyebut beberapa nama, penyertaan semakin hari semakin meningkat dan pertanyaan dari bakal peserta semakin kerap di telefon mahupun di Facebook.
Siap – sedia Malaysia, deruman enjin yang padu, 300kmh di dua laluan lurus, memintas pihak lawan di sudut yang sukar, cukup membuatkan anda semua tidak berganjak dari tempat duduk. Save the date, 7/4 (trackday) dan 8/4/2018 (racing) di Litar Antarabangsa Sepang!
Aa
Admin, Next round msf superbike1000 berapa haribulan ya?
Mohd Zahrin Mohd Zahran
31/8/2018 boss