Pusingan kedua Malaysia Speed Festival telah berjalan dengan gemilangnya. Penyertaan sebanyak 200 buah kereta bersamaan hampir 300 orang pelumba sudah dan dengan kehadiran penonton yang mencecah hampir 5,000 orang cukup menggambarkan betapa siri perlumbaan ini semakin mendapat tempat di kalangan peminat sukan permotoran tanah air. Jutaan terima kasih buat para rakan penaja MSF yang turut sama menyumbangkan kegemilangan MSF pusingan kedua ini.
Street 1600 Ltd
Peningkatan mendadak dari 12 kereta kepada 21 buah kereta yang bertanding cukup menggambarkan betapa kategori ini telah menjadi tumpuan buat mereka yang masih mengekalkan jentera yang bernadikan 1600.
Penyertaan Kenny Lee dari Kegani Racing #232 sudah pasti amat dinantikan. Penyertaan yang dikatakan mampu memberikan tekanan kepada jentera Honda yang berkuasa tinggi. Ternyata pada permulaan sesi kelayakan catatan masa di luar jangkaan telah memberi gambaran apa yang bakal terjadi. Gandingan Gan Kim Koa/Philip Tang dari JDM Racing telah mencatatkan masa terpantas 2m37s telah disambut oleh Kenny Lee dengan catatan masa yang menghampiri catatan masa tersebut.
Bila sesi perlumbaan dimulakan, Zuhaidi Ishak #02 dari Fleetoil Racing Team, Selim Refique #6 dari RC Racing, Philip Tang dari JDM Racing, #232 Kenny Lee dari Kegani Racing meluru pantas menuju ke selekoh pertama. Pada mulanya Kenny Lee yang terperangkap dengan beberapa kereta telah memutuskan memasuki pit dengan lebih awal. Strategi membuahkan hasil apabila pada 5 laps terakhir persaingan merebut tempat pertama yang amat dinantikan telah menjadi kenyataan. Mereka berdua telah bersaing di setiap selekoh dan ada masanya jarak yang membezakan mereka hanyalah 0.571 saat sahaja. Namun kemenangan ini berpihak kepada Philip Tang dan tempat kedua milik Kenny Lee dan tempat ketiga dimenangi Zuhaidi Ishak.
Race Cars Open
Kategori yang menghimpunkan ramai pelumba handalan tanah air dan mempamerkan kreativiti bengkel-bengkel di tahap tertinggi. Kategori melibatkan jentera-jentera yang sangat pantas sudah pasti amat dinantikan. Nama-nama seperti Alif Hamdan, Keifli Othman, Mark Darwin, Shamir Aizan, Azlan Malik dari pasukan atau bengkel yang sangat terkemuka sudah pasti menjanjikan aksi yang sangat menarik.
Alif Hamdan yang memandu Proton Satria 4WD Turbo dari Fatboy Millenium telah mengejutkan ramai pihak. Disaat ramai yang was-was dengan ketahanan jentera turbo di Litar Sepang telah mencatatkan masa terpantas 2m19s. Namun catatan masa ini disambut Keifli Othman/Ricky Toh dari The Doctor Mayhem Racing Team dengan catatan masa 2m20s.
Perlumbaan dimulakan dengan tumpuan diberikan kepada 3 jentera ini, sebaik sahaja isyarat perlepasan diberikan mereka meluru pantas. #158 kendalian Alif Hamdan dengan kekuatan jentera yang sangat berkuasa terus meluncur laju dihadapan. Mengekori rapat #560 Keifli Othman/Ricky Toh, #500 Mark Darwin/James Veerapan. Mereka bersaing #158 Alif Hamdan mula menjarakkan diri. Namun, perlumbaan yang mewajibkan masuk ke dalam pit selama 3 minit mengubah segala-galanya. #158 yang mungkin tersilap percaturan telah menghukum dengan tidak berjaya menduduki tempat pertama pada pusingan ini. Manakala bagi team SITTY-DNT #500 berjaya menduduki tempat pertama dengan strategi pit mereka yang sangat menjadi. Tempat kedua berjaya diduduki oleh #560 Keifli Othman/Ricky Toh yang juga turut merampas peluang ini. Bagi #158 yang berjaya menamatkan perlumbaan dan menduduki podium walaupun tempat ketiga sudah cukup buat mereka.
Pusingan seterusnya pada 8 Julai 2018 di Litar Antarabangsa Sepang.