Hampir 3 bulan berehat, Malaysia sudah pun berwajah baru, namun atmosfera di ruang udara Malaysia sepi dan sunyi. Bermula pada saat ini, sebulan dari sekarang pahlawan-pahlawan agung MSF akan kembali. Gegak – gempita deruman ekzos, cabar-mencabar antara satu sama lain, saling mencurigai kekuatan pihak “musuh” akan kembali menghiasi di laman Facebook dan terus masuk ke aplikasi Whatsapp ataupun Telegram. Bagi sang pendita (baca : engine builder / tuner) mereka akan bertapa mencari formula terbaru untuk menumpaskan pihak lawan atau terus menggigit tempat pertama. Semuanya bakal terjawap pada 8/7/2018 nanti.
Persaingan semakin sengit. Bermula dari Super Production hinggalah ke kategori paling agung iaitu Race cars Open. Catatan masa yang diberikan juga semakin pantas sebagai contoh Super 1500, secara puratanya 2m44s menyamai catatan masa 1600. Main tipu? Nah, telah diperiksa ternyata tidak melepasi garisan yang ditetapkan dalam peraturan.
Ada persaingan benar-benar mengimbau kenangan tahun 1990an, Street 1600 telah menghimpunkan jentera bernadikan 1600 NA yang terkenal pada tahun 1990an malah hingga sekarang masih lagi jauh berkuasa dari jentera baru 1600 yang ada sekarang, telah memberikan satu saingan sengit. Kebanyakkannya secara purata telah berada dalam lingkungan 2m38s. Toyota vs Honda vs Mitsubishi dan soalannya mana SR16 Neo VVL?
Race Cars Open, kategori menghimpunkan para pelumba yang lama dan baru. Paling penting menghimpunkan para pembina enjin dan tuner yang terbaik di Malaysia. Semuanya ingin memberikan segala-galanya, dari kekuatan enjin, aerodinamik, handling dan para pelumba dipertaruhkan untuk mendapat hasil yang memberi impak yang besar. Hanya berjiwa kental yang mampu menerima kekecewaan sahaja berani bertempur. Bagi para tuner mahupun engine buider, inilah kategori yang membuktikan siapa terbaik dalam industri permotoran. Gagal tidak menyalahkan keadaan sebaliknya pulang dan mula berfikir bagaimana mahu menjadi lebih pantas.
Akan kita huraikan kategori demi kategori, apakah corak atau bakal terjadi menjelang pusingan ketiga kali ini. Simpan tarikh ini elok-elok, 8/7/2018 di Litar Antarabangsa Sepang.
MSF Super Turismo pusingan ketiga secara rasminya bermula.