Kategori Saga Cup Casual, baru diperkenalkan untuk mereka yang tidak punya dana tinggi. Ternyata formula ini menjadi, membuka ruang buat mereka yang tidak pernah merasai kenikmatan berada diatas podium. Kategori yang dikatakan lebih menyeronokkan kerana boleh dikatakan semuanya berada dalam kekuatan yang sama.
Empat kereta yang bersaing dengan hebat untuk memburu kejuaraan yang pertama. Saingan antara mereka sangat rapat dari sudut pungutan mata. #599 Desmond Yew buat masa sekarang sedang mendahului dari sudut catatan mata. Beliau sedang mengumpul 375 mata dan mengekori rapat dibelakang beliau adalah #677 Mohd Syaifudin dari Team Mode Racing 325 mata, dibezakan hanya 50 mata. Mengekori rapat #677 adalah #199 Mohd Afifi yang mengumpul 310 mata ketinggalan 10 mata dibelakang #677. Manakala #477 Alban Raymond dari Millenium yang mengumpul mata 300 mata, ketinggalan 10 mata juga. Rapat bukan?
Saga Cup Casual sebenarnya bukan semata 4 peserta ini sahaja. Top 4 membara bermaksud untuk lebih mendalam kedudukan Top 4 buat masa sekarang sangat goyah. Sebagai contoh, #299 gandingan dari Meru Speed yang mengumpul 275 mata dan ketinggalan hanya 25 mata sahaja dari #477. Harus diingat, #299 pernah muncul juara pada pusingan pertama. Tidak mustahil untuk menjadi juara lagi sekali pada pusingan ketiga ini.
Tapi berat neraca sekarang lebih memihak kepada #199 yang nampak gayanya lebih pantas dari yang lain-lain. Tidak mustahil untuk beliau muncul pemenang tempat pertama. Namun ini lah perlumbaan, apa sahaja boleh terjadi. Kami menjangkakan akan berlaku perubahan Top 4 pada pusingan ketiga ini. Jika berlaku perubahan maka kita sudah boleh mencongak apa yang bakal pada pusingan Enduro.
Jom ke Litar Sepang pada 8/7/2018.