Street Tuned dari zaman SNF hingga sekarang tidak pernah mengecewakan. Dari zaman pemerintahan JDM Racing hingga sekarang tidak pernah mengecewakan. Secara jujurnya ada sebahagian penonton mengatakan mungkin pertempuran di dalam Street Tuned akan sunyi dan sepi seketika namun ternyata kata-kata itu terbatal sama sekali. Kenapa?
Akhirnya sekali lagi pertempuran antara jentera NA dan Turbo mula memanas dan menyesakkan dada. Dzamir Shah yang bergandingan Admi Shahrul #49 pada pusingan pertama telah memacakkan bendera kemenangan dengan begitu bergaya. Pusingan kedua Fadly Hisham yang bergandingan dengan bintang muda Alif Hamdan #201 merampas bendera itu dan memacakkannya. Bagi para penonton mahupun penganjur ini satu petanda pertempuran merebut kejuaraan yang tidak pernah berhenti menghiburkan ini akan menjadi semakin panas.
Diatas kertas dari sudut catatan masa mungkin memihak pada #49, catatan terbaik mereka 2m37s manakala #201 secara puratanya dalam 2m39s. Tetapi apabila sudah berjaya menjejakkan kaki di atas podium sebagai pemenang tempat pertama sudah pasti #201 mahu mengulangi kejayaan tersebut. Mungkin tersentak dengan rampasan tersebut kem #49 tidak menunggu lama persiapan rapi dibuat untuk memastikan bendera kemenangan yang dirampas kembali. Bagi para penonton, pertempuran ini wajib disaksikan. Dari dua jenis enjin yang berbeza kekuatannya dan paling menarik gandingan mereka ini di kalangan yang sangat-sangat berpengalaman.
Akan tetapi, permainan mungkin boleh berubah. Perhatikan #911 gandingan Zairi dan Faiz, #30 Roakhir dan Hapizu, mereka boleh dikatakan mampu mengubah corak pertempuran ini pada bila-bila masa sahaja. Buktinya? #30 pernah memaksa kejuaraan ditentukan pada pusingan akhir kejuaraan pada tahun 2017 hinggakan setiap saringan menjadi sangat begitu berharga. Ramalan? Tidak mustahil disaat anda meningkatkan kuasa anda mungkin kecundang dan pada masa ini mereka ini menyelinap masuk.
Buat para penonton pastikan 8/7/2018 anda hadir di Litar Antarabangsa Sepang.