Street 2.0 NA agak menarik untuk ditonton. Model baru dan model rare, enjin 2000cc, pacuan depan dan belakang dan paling penting saingan yang diberikan amat menarik. Siapa bakal menonjol pada pusingan ketiga ini yang bersifat pantas atau dikenali sebagai SuperSprint ini.
Dua pusingan berturut-turut, Toyota GT86 masih lagi mendominasi kedudukan tempat pertama dan kedua. #825 Amirul Haikal dari LMC dan #46 Faisal Asri / Syed Rizal dari SMRT86 masih lagi mengekalkan rentak tempat pertama dan kedua. Pada pusingan kedua tempoh hari, #46 telah berjaya memenangi tempat pertama dengan strategi yang tepat. Meskipun dari sudut catatan masa #825 lebih pantas namun dalam enduro segalanya bergantung pada strategi. Namun apabila kembali pada corak perlumbaan SuperSprint bintang muda yang mendapat talaan dari LMC dan didikan secara langsung dari Faidzil Alang, sudah pasti kemenangan tempat pertama mungkin memihak kepada #825.
Kedua-dua jentera Toyota ini dalam kelas tersendiri hingga menimbulkan tanda tanya siapa yang mampu menghalang kemaraan mereka? Buat masa sekarang dari sudut catatan masa seolah-olah mungkin tempat pertama dan kedua milik mereka, tapi jika dilihat dari sudut kebangkitan yang sangat klasik, #523 Sharul Aidey/Hairul Azwan dari N-Zero Racing mungkin mampu mencabar teratas ini. Mereka pada pusingan kedua ini yang pada mulanya ada sahaja masalah hinggakan memungkin mereka tidak mampu memulakan perlumbaan, bingkas bangkit dan terus memburu tempat terbaik dan akhirnya membuahkan hasil. Menggunakan jentera Nissan SR20 Neo VVL satu jentera yang sangat berkuasa, jika betul talaannya, jika betul handlingnya, mungkin inilah pemusnah dominasi Hachiroku.
Street 2.0 NA, dari sudut kejuaraan nampaknya melibatkan dua parti, #825 dan #46. Tapi ini dunia perlumbaan, pusingan ketiga ini penting untuk menjarakkan diri dari peserta lain kerana mungkin mustahil, perhatikan juga #105 Faisal Naim yang hanya menunggu detik sahaja salah seorang daripada mereka terkandas pada pusingan ketiga ini. Yang hanya boleh kita harapkan dengan kemunculan Nissan mampu memberikan saingan yang amat sengit dan inilah yang kita nantikan.
Jom ke Litar Antarabangsa Sepang pada 8/7/2018.