Satu bulan dari sekarang kita semua rakyat Malaysia akan menyambut detik bersejarah dalam negara kita. Negara tercinta ini pada 31/8/2018 akan menyambut pembebasan dari penjajah iaitu hari kemerdekaan. Sempena hari kemerdekaan ini, MSF dengan penuh rasa patriotik menganjurkan Merdeka Race dan menamakan pada hari tersebut sebagai Malaysia Merdeka Speed Festival.
Pada 31/8/2018 nanti akan ada 3 acara besar, iaitu MSF Merdeka SuperTurismo (dahulunya MSF Racing), MSF Superbikes dan MSF Drift Gonzo.
MSF Drift Gonzo
Satu acara drift yang berlainan dari yang lain. Jika selama ini sukan drift melibat dua kereta, tapi drift gonzo atau nama yang mudah difahami Target Drift. Drift ini dimana setiap peserta harus melanggar sasaran yang ditetapkan untuk mendapat mata untuk membolehkan mereka memenangi kategori-kategori yang dipertandingkan. Dengan konsep sebegini, ianya lebih menyeronok kerana disinilah ketepatan seseorang peserta menjadi ukuran.
MSF Superbikes
Pusingan pertama MSF Superbikes yang mendapat sambutan hangat telah diteruskan lagi kehangatan tersebut. Pendaftaran yang dibuka telah mendapat penyertaan yang amat-amat menggalakan. Kategori Super 1000 tidak sampai 2 minggu telah pun memenuhi kuota grid. Sudah cukup menggambarkan bahawa deruman 14000rpm dengan kelajuan mencecah 300kmj bakal menyajikan aksi yang sangat-sangat mendebarkan dan mengujakan.
MSF SuperTurismo
Kehangatan bagi MSF Superturismo juga amat mengujakan. Hingga saat ini sudah 121 kereta sudah mendaftar dan kami menjangkakan jumlah penyertaan pada bila-bila masa sahaja akan mencecah 180 buah kereta. Ini sudah cukup memberikan gambaran yang sangat jelas bahaya perlumbaan sebenar iaitu perlumbaan door-to-door sangat popular buat masa kini. Paling menarik adalah festival kali ini akan berlangsung dari jam 9am hingga 12.00 tengah malam!
Anda wajib hadir pada 31/8/2018 nanti di Litar Antarabangsa Sepang, grandstand percuma, harga tiket paddock yang amat murah RM35.00 sahaja. Anda boleh puas menyaksikan pelbagai aksi yang akan diberikan. Tunggu maklumat dari masa ke masa.