Pusingan yang dinantikan akhir sudah tiba. Pusingan yang dikatakan pusingan penentu kejuaraan. Pusingan yang dikatakan mampu mengubah corak pertarungan untuk dua lagi pusingan terakhir. Inilah pusingan dimana kekuatan sesuatu pasukan akan diuji. Segala strategi akan dipertaruhkan dan jika berjaya kemenangan menjadi milik anda, jika gagal maka bersiap-sedialah untuk bertempur berbakikan dua pusingan.
Pusingan Enduro ini akan berlangsung selama 40 minit, wajib dua pemandu, tidak dibenarkan langsung penukaran tayar dan pengisian semua petrol dan kenapa dikatakan pengubah corak pertempuran untuk pusingan mendatang, kerana mereka akan mendapat bagi setiap posisi 2 kali ganda pungutan mata. Andai kata para peserta ada yang gagal menamatkan perlumbaan maka untuk 2 pusingan terakhir ini akan menjadi sangat-sangat susah untuk mencabar pesaing lain. Ada beberapa kategori yang akan berapi dan meletup kerana tempat pertama dan kedua ada yang hanya dibezakan 15 mata dan ada yang sama!
Bagi engine builder dan tuner pula mereka harus memastikan setiap jentera yang dipertaruhkan mesti mampu menghabiskan perlumbaan dan sekaligus menang. Anda memang berjaya mengadakan satu mesin pertempuran yang sangat pantas tapi untuk 40 minit ini belum tentu kepantasan anda menjamin kejayaan. Sudah ramai para peserta yang kecundang di saat-saat lap terakhir dan inilah kekejaman enduro versi MSF.
Apa yang lebih menarik, buat para pelumba dan para penonton nanti apabila kembalinya semula perlumbaan malam yang sangat sin0nim di era SNF dahulu, jika anda sudah biasa dengan SNF sudah pasti ini akan mengimbau kembali kenangan dari zaman 2011 hinggalah 2015. Buat para penonton terutamanya sekitar Sepang, Nilai, Bandar Enstek dan lain-lain anda wajib hadir. Dengan harga tiket hanyalah RM35.00 bagi kawasan paddock dan percuma bagi kawasan Grandstand, kedai barangan MSF dan food truck sememangnya tiada alasan lain untuk anda tidak hadir ke Litar Sepang pada 31/8/2018 dan program aturcara akan bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 12.00 malam.