Superstreet nampak gayanya bagi tempat pertama dan kedua mereka suka atau tidak harus menghabiskan perlumbaan ini dan menduduki podium ditempat pertama dan kedua. Mereka tidak boleh sama sekali tidak boleh tidak menghabiskan perlumbaan ini bagi menghidupkan peluang untuk dua pusingan terakhir ini. Kenapa?
#135 kendalian Raja Imran yang memandu Proton Satria berenjinkan Evo sedang mendahului #626 Chong Tun Lung-Boy Won Honda Civic EG6 K20 sebanyak 10 mata sahaja. Mahu tidak mahu Raja Imran harus memastikan tempat pertama jadi milik beliau jika mahu menjarakkan diri dan dalam masa harus mengharapkan gandingan #626 ini berada ditempat ketiga dan seterusnya bagi membolehkan #135 menarik nafas lega buat sementara waktu. Jika #626 berada ditempat kedua maka pertempuran antara dua jentera ini akan berlanjutan hingga ke pusingan akhir kelak.
Dari atas kertas tempat pertama mungkin milik #135 yang dikhabarkan bergandingan dengan Syah Rizal. Kenapa? #626 secara jujurnya bergantung harap dengan pelumba profesional Boy Wong. Sedangkan #135 Raja Imran bintang muda sebelum munculnya Boy Wong datang membantu Chong Tun Lung tiada masalah untuk menumpaskan #626. Tapi ini enduro, strategi dan ketahanan sesuatu mesin itu sangat penting. Strategi siapakah yang bakal mengubah corak pertempuran untuk pusingan yang mendatang? #135 atau #626?
Bagi yang berada disekitar Sepang, Bandar Salak Tinggi, Bandar Enstek, Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan sebagainya. Anda wajib datang untuk menyaksikan pertempuran hebat ini. Ratusan kereta akan bertempur dan mahu menjadi juara. Grandstand percuma dan paddock hanyalah RM35.00 sahaja. Bila? 31/8/2018 di Litar Sepang bermula pada jam 11am hingga 12 malam.