Bagi yang berada disekitar Sepang, Bandar Baru Bangi, Nilai, Seremban, Salak Tinggi, dan sekitarnya siap – sedia simpan tarikh 1 Disember 2018. Pada tarikh tersebut berlangsungnya pusingan akhir MSF di litar antarabangsa Sepang. Acara yang penuh gemilang bakal berlangsung dari pagi hingga waktu malam. Penutup acara motorsports.
Gendang perang akhir dipalu, ini bermakna perang akhir musim 2018 telah tiba. Ada beberapa kategori yang dijangka panas. Ada beberapa kategori dalam MSF Superturismo (kereta) dimana kejohanan akan ditentukan pada pusingan akhir. Pusingan akhir sangat kritikal. Kenapa? 10 laps, wajib masuk pit selama 3 min, dan siapa silap percaturan, putih mata. Pusingan inilah strategi mengatasi segala-galanya. Tidak mustahil penyandang kejuaraan buat sementara waktu musim ini akan berputih mata. Sedikit kesilapan akan menghukum anda. Pasukan mana yang mempunyai strategi, ketahanan enjin dan mental yang mantap, pasti akan tersenyum dan mungkin kejuaraan 2018 berada dalam genggaman. MSF Series akan huraikan kategori mana yang bakal tercetusnya pertempuran dahsyat ini.
Bagi MSF Superbikes, corak perlumbaan seperti biasa. Namun kejuaraan bagi kesemua kategori bakal ditentukan pada pusingan akhir nanti. Percayakah anda, bagi semua kategori mereka yang berada di tempat keempat juga mampu menjadi juara keseluruhan. Sangat-sangat tegang. Ketegangan ini berani kami jamin boleh membuatkan anda terpaku duduk. MSF Series juga akan huraikan jangkaan senario yang bakal terjadi dan kemungkinan-kemungkinan pada pusingan akhir ini.
Siap – sedia, pusingan akhir untuk musim 2018 bakal berlangsung pada 1 Disember 2018 di Litar Antarabangsa Sepang.