1 Disember nanti di litar antarabangsa Sepang akan berlangsungnya pusingan akhir Malaysia Speed Festival musim 2018. Bermula dari waktu pagi hingga waktu malam, sudah pasti anda yang berada disekitar Sepang, Salak Tinggi, Bandar Baru Bangi, Nilai, Seremban, Dengkil dan sekitarnya tidak boleh melepaskan peluang untuk menyaksikan siri perlumbaan terbesar di dalam negara.
Berbalik pada persoalan di atas, siapa takluk Super 1500 bagi musim 2018? #378 dari Rab-Prodrag Daihatsu Gino atau #189 Proton Satria dari Momentom Racing Team? Dari atas kertas dan berdasarkan rekod-rekod dari pusingan pertama hingga pusingan 3 ternyata gandingan William Ho dan Alex #189 ini memang amat-amat pantas. William Ho pelumba yang pantas, banyak siri perlumbaan yang telah beliau sertai maka dengan jentera yang amat padu dan jauh lebih berkuasa dari #378 ini memudahkan lagi kerja William Ho memburu kemenangan. Namun dua pusingan sebelum ini mereka telah mula mengalami masalah jentera.
#378 yang dipandu Shahril Noorafudin, tidak pernah ribut-ribut di media sosial. Pengejar Impian Petronas Primax ini dengan hobi memancing, main permainan pubg, secara konsisten menghabiskan perlumbaan dan berada diatas podium top 5. Kemuncak konsistensi beliau pada pusingan enduro dan pusingan ke-5 baru-baru ini #189 yang gagal menamatkan saingan dan sekaligus berlakunya rampasan takhta dari tangan #189. Beliau juga dilihat semakin pantas pusingan demi pusingan.
Baik dimana tegangnya? Dimana keterujaan persaingan antara kedua-dua ini? Tugas berat menanti #378. Suka tidak suka Shahril Noorafudin harus menang di tempat pertama atau di tempat kedua dengan mengharapkan #189 berada di kedudukan satu kedudukan di bawah beliau walau apa sahaja kedudukan yang bakal #378 perolehi. Dari atas kertas agak mustahil tapi pada pusingan akhir, konsep perlumbaan berubah, 10laps dengan mewajibkan masuk pit selama 3 minit mungkin akan berlaku perubahan takhta atau mungkin takhta kejuaraan Super 1500 kekal ditangan #378.
Atau, mungkin dengan kemaraan #636 Asrul dari Millenium dan #916 Mohamed Hafez yang dilihat semakin mendominasi saingan sejak akhir-akhir ini juga bakal mempengaruhi corak pungutan mata pusingan akhir nanti. Mungkin kelibat dua kereta ini membolehkan #189 terpaksa merelakan kejuaraan ini kekal di tangan #378 atau sebaliknya.
Litar Sepang akan menyaksikan kejuaraan Super 1500 dinobatkan pada 1 Disember 2018. Jangan lepaskan peluang ini. Sengit dan sudah pasti mampu membuatkan anda semua tidak sabar menantikan tarikh tersebut.