Pusingan penentu kejuaraan akan berlangsung pada 1 Disember 2018 di Litar Antarabangsa Sepang. Bagi peminat lumba superbikes yang berada di sekitar kawasan Sepang, jangan lupa hadir menyaksikan pertempuran merebut kejohanan ini hingga di lap terakhir dan ya tiket percuma bagi kawasan grandstand.
Zahid Latif #62 dari PTJ RACING TEAM, buat masa sekarang sedang mendahului dari sudut pungutan mata bagi kategori Super 1000 kumpulan C. Beliau yang bermula agak baik ketika pusingan pertama kerana berjaya menduduki podium di tempat kedua dan sekaligus memboleh beliau mengumpul mata sebanyak 255 mata. Namun menjelang pusingan kedua pada hari merdeka, sekadar dapat menduduki tempat ke-8 dalam saringan pertama dan terjatuh di saringan penentu dan dapat mengumpul 40 mata sahaja. Ini menjadikan jumlah keseluruhan mata yang dikumpul Zahid 295 mata.
Selesa? Tidak sama sekali. Pencabar terdekat Zahid aka Panjang dari sudut pungutan mata ialah Mohd Haris Fadillah Ismail dari Mankorn #47. Pusingan kedua pada hari merdeka saringan pertama di tempat ketiga manakala saringan penentu di tempat pertama. Sekaligus mengutip mata sebanyak 285 mata. Beza 10 mata sahaja. Ya, sangat – sangat tipis dan dari atas kertas #47 lebih pantas dari Zahid.
Tugas berat menanti Zahid. Suka atau tidak, Zahid harus memastikan Haris berada berada di belakang beliau dengan sekurang-kurangnya satu kedudukan di belakang. Andai kata Zahid nombor 3, Haris harus di tempat keempat. Jika tidak, Haris akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Super 1000 kumpulan C.
Tetapi, dalam kita membicarakan perbezaan 10 mata antara Zahid dan Haris, perhatikan juga kemaraan Ngo Kim Bee dari Welly Sg Buluh SRT satu-satu pelumba perempuan yang berada dalam kedudukan top 3 dalam pungutan mata. Beza antara beliau dan Haris? 5 mata sahaja. Kekuatan utama Bee #777 adalah senantiasa menghabiskan perlumbaan dan mengutip mata sebanyak mungkin. Bukan itu sahaja, memakai nombor juara dunia MotoGP 2018, #93 Muhammad Syukri juga mengekori rapat dan beza antara beliau dan Bee hanyalah 15 mata.
Tegang, sangat-sangat tegang. Dari pihak penganjur, inilah pertempuran yang patut anda saksikan. Penentu kejuaraan terpaksa ditentukan pada pusingan akhir dan pendahulu kejuaraan pula harus memastikan saingan terdekat beliau harus berada di belakang beliau untuk saringan ini. Simpan tarikh ini 1 Disember 2018, di Litar Antarabangsa Sepang!