Bagi yang sudah mengosongkan tarikh 1 Disember 2018, ini adalah salah satu kategori yang terhangat dalam MSF Superturismo. Persaingan sengit antara jenama – jenama kereta keluaran Jepun pada tahun 90an yang bersasarkan 1600cc sememangnya satu persaingan yang amat-amat menarik. Pastikan anda hadir untuk siri perlumbaan terakhir MSF Series yang akan berlangsung bermula jam 9 pagi dan ya, hingga jam 10 malam! Di Litar Sepang.
JDM Racing #60 yang dipandu Philip Tang/Lau Seng Kiat merupakan pemenang terbanyak dalam sejarah MSF. JDM Racing untuk pengetahuan semua telah memenangi sebanyak 5 kali kejuaraan dan ini satu pencapaian yang sangat luar biasa. Sekarang memburu kejuaraan yang ke-6 di dalam kategori yang berlainan iaitu Street 1600. Sekarang mereka hanya tinggal umpama membuka pintu yang sudah berada di hadapan mereka dan menjadi juara. Dengan kutipan mata sebanyak 1170 mata. Tapi apakah laluan mereka ini sangat senang?
Pesaing terdekat mereka ialah Zuhaidi Ishak #2 dari Z Garage Racing Team. Mengumpul mata sebanyak 970 mata. Dari atas kertas kekuatan mereka sama. #2 untuk menjadi juara keseluruhan harus menang di tempat pertama dan mengharapkan #60 tidak menamatkan perlumbaan. Dari rekod terdahulu, #60 pernah gagal menamatkan perlumbaan di pusingan enduro. Akan tetapi #2 juga gagal menamatkan perlumbaan pusingan ke-5 baru ini dan peluang untuk #2 mengukuhkan kedudukan gagal sama sekali. Seimbang bagi kedua-dua pasukan ini.
Jadi apakah senarionya? #2 harus, wajib, mesti menduduki tempat pertama dan ini sahaja harapannya. Juara? Tunggu. #60 berkemungkinan bakal dinobatkan sebagai juara andai kata berjaya menamatkan perlumbaan seburuk-buruk kedudukan nombor lapan maka misi memburu kejuaraan buat kali ke-6 bakal menjadi kenyataan. Akan tetapi andai kata menduduki tempat ke-9 dan paling mengerikan gagal menamatkan perlumbaan maka juara bakal menjadi milik #2. Masing-masing ada kekuatan tersendiri dan masing-masing juga pernah gagal menamatkan perlumbaan. Andai kata gagal kedua-duanya gagal? Mungkin #101 jentera Toyota yang kendalian Hazlami dan Muslim dari Wakos Garage andaikata berjaya menduduki tempat pertama dan ini wajib dilakukan, juara mungkin milik #101. Tapi andai kata nombor 2 maka kejuaraan masih lagi di tangan #60 dan mungkin #101 menduduki tempat kedua kejuaraan.
Panas bukan? Pertempuran 1600cc dengan jeritan 9000rpm sudah pasti menjanjikan satu aksi pertempuran yang amat sengit dan panas. Ingat tarikh ini, 1 Disember 2018 di Litar Antarabangsa Sepang.