Tinggal 8 hari sahaja lagi pusingan terakhir Malaysia Speed Festival musim 2018 bakal berlangsung pada 1 Disember 2018 bermula pada jam 9am hingga 11pm. Anda yang berada dikawasan sekitar litar Sepang jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan siri perlumbaan terbesar tanahair. Masuk percuma untuk kawasan grandstand manakala paddock hanyalah RM35.00 sahaja.
Perebutan kejuaraan bagi kategori ini masih lagi terbuka luas sekurang-kurangnya buat 3 kedudukan teratas sekarang ini. #661 Mokhlis, #559 Desmond Yew dan #1 Raj Sivam yang bergandingan Azrina Jane Cheah. Pendahuly mata buat masa sekarang #661 hanya dibezakan 90 mata sahaja dari #559. Manakala jarak beza antara #661 dan #1 135 mata. Baik sudah pasti perebutan ini sebenarnya melibatkan #661 dan #559. Namun dalam perlumbaan semuanya boleh terjadi. Sedikit kesilapan mengundang padah tambahan pusingan kali ini pusingan 10 laps wajib masuk pit 3 minit. Inilah cabarannya.
Baik apakah senarionya? #661 sebenarnya boleh dikatakan agak selesa kerana dari sudut atas kertas Mokhlis dari 1 Hati Motorsports jauh lebih pantas daripada yang lain. Malah #661 juga boleh dikatakan agak selesa. Kenapa? Cukup sekadar menduduki tempat ke-3 pada pusingan kali ini, maka juara milik #661. Tapi andai kata menamatkan tempat ke-4 dan #559 menduduki tempat pertama dan ini wajib, maka juara bakal menjadi hak #559. Ini sahaja harapan #559 untuk muncul juara bagi kategori ini. Jadi apakah peluang #1?
Ya, amat tipis sebenarnya kerana jika mahu dibandingkan dengan kedua-dua pesaing ini, #1 agak jauh dari sudut kepantasan. Satu-satunya harapan adalah mengharapkan #661 dan #559 gagal menamatkan perlumbaan. Mustahil? Tidak mustahil, kerana mereka berdua ada rekod tidak pernah menamatkan perlumbaan. Jika ini terjadi, dengan sekadar menduduki tempat ke-4, juara bakal menjadi milik #1.
Sagacup Casual antara penyertaan tertinggi. Persaingan kejuaraan sememangnya tegang. Salah strategi, gagal menamatkan perlumbaan maka kejuaraan berpindah tangan atau kekal. Simpan tarikh ini, 1 Disember 2018 di litar Sepang.