2013, 2014, 2015, 2016, 2017, 2018 – The G.O.A.T

#60, Honda Civic EF, JDM Racing, dari Melaka, warna putih, pemilik kereta tinggi lampai, suka cakap buat orang ketawa kadang-kadang tak faham, ramai musuh ramai juga kawannya. Apa pun diperkatakan, #60 sekarang memegang rekod tertinggi dalam sejarah MSF (termasuk SNF).

2013 juara bari kategori Street 1800 NA menggunakan enjin non-Vtec. 2014 juara bagi kategori Street Tuned. Tahun 2015 berlaku perubahan peraturan teknikal dimana Honda hanya boleh menggunakan enjin maksimum 1700cc sahaja dan Vtec dibenarkan, namun tetap juara meskipun terpaksa berentap hingga pusingan terakhir. 2016 dan 2017 bagaikan tiada persaingan terus menjadi juara. 2018 mencuba dalam kategori Street 1600, muncul juara. 6 kali juara, tertinggi dalam sejarah MSF.

Philip Tang (minum air), Gan Kim Koa (Baju merah handsome)

Gan Kim Koa : “Kalau betul-betul saya masuk ini race sebab Philip Tang suruh. Sebab saya sudah masuk race dari zaman drag lagi. Menang-menang terus orang macam tak suka sama kita. Saya masuk SNF tahun 2011, tak berapa jadi, bikin susah orang lain. 2012 cuba lagi, 2013 terus set saya punya otak mahu jadi juara dan jadi juara. Lepas itu 2014 jadi juara lagi. 2015 saya betul-betul marah sebab itu peraturan Honda tak boleh lebih 1700cc sudah mahu tarik diri. Tapi Adian sama Zahrin bagi saya kata semangat, okay masuk dan ya juara lagi. Saya lagi suka 2015 punya juara sebab kena downgrade itu cc tapi boleh juara. Banyak happy lah!”

Sebanyak 3 kali situasi dimana #60 mungkin tidak menjadi juara keseluruhan. 2015 apabila berdepan dengan lagenda SNF KKSoh, 2017 apabila berdepan dengan #30 Shawal dan Hapizu dan 2018 apabila berdepan dengan #02 Zuhaidi Ishak. “Terus-terang MSF memang tak bagi hadiah wang. Tapi ini event, kita menang nama kita top. Mana ada race buat masa sekarang 200 kereta, crowd 9000 orang, facebook maksimum promo. Jadi untuk JDM Racing kita mesti mahu menang dan juara. Kita usaha maksimum, ini sukan you mahu jimat-jimat you jangan harap lah jadi juara. Saya memang tak suka dapat nombor dua. Kita cuba, tapi kalau dapat nombor dua tak apa, kita puas hati sebab kita sudah cuba bukan duduk saja lepas itu kata orang lain main langgar peraturan kapasiti enjin lah (cc) lebih dari peraturan lah, dia ringan lah. Itu bukan JDM Racing. Kita lawan dulu, lawan mahu sungguh-sungguh. Dia boleh mesti kita pun boleh. Tak boleh juga tak apa, tahun depan mesti mahu angkat itu juara.”

Menjadi juara terbanyak dalam MSF adalah satu pencapaian yang sangat mengagumkan. Sudah pasti ianya meletakkan satu penanda aras dan menjadikan #60 sebagai satu sasaran. “Saya mahu bagi sikit tips lah, kita jangan cepat putus asa. Mesti mahu usaha kuat-kuat. Philip Tang, Lau Seng Kiat, dan ada beberapa lagi selalu bagi kata semangat. Usaha sampai bendera hitam putih depan mata. Apa saja keputusan kita terima sebab kita sudah usaha. Kita tak usaha, kita harap orang lain kong itu enjin, lepas itu tak puas hati kata macam-macam, sampai bila-bila itu semangat mahu lawan dan menang tiada. You mesti letak sasaran nombor satu. Jangan letak, oh mau tapau itu nombor 2 saja, mau tapau itu nombor 3 saja nanti hujung sekali you dapat nombor 6.”

Pusingan pertama 2019 akan berlangsung pada 16 dan 17 Mac. Kategori apakah #60 akan menjajah selepas ini. “Kategori apa kita tak tahu lagi. Tapi ingat memang mahu tukar kategori. Ada satu lagi, lepas itu tutup buku street kategori. Tunggu sahaja lah, jangan terkejut JDM Racing datang pakai rim saiz 17. Ada dua kategori kena pakai saiz 17. Kita tengok lah.”

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *