Buat mereka yang berada di sekitar Litar Sepang, Dengkil, Bandar Baru Bangi, Nilai dan sekitarnya, pastikan anda mengosongkan tarikh ini iaitu 15, 16 dan 17 Mac untuk menyaksikan Asia GT Festival (MSF + China GT). Dengan harga tiket semurah RM20.00 di grandstand atau RM50 untuk 3 hari, RM35.00 di South Paddock atau RM50.00 bagi dua hari perlumbaan (16 dan 17) di South Paddock, ianya akan memberikan satu pengalaman yang tidak boleh anda lupakan sama sekali.
Super Production kategori baru yang diperkenalkan pada tahun 2018 dan si juara akan membawa balik piala pusingan Turban Legend setiap tahun. Dengan menetapkan kapasiti enjin 1500cc, intake OEM dan ada beberapa peraturan yang agak terhad telah menjanjikan satu aksi yang mantap dan sengit. Ianya turut menarik perhatian peserta dari Thailand, Sobree yang bergandingan dengan Yuszaidi anak tempatan.
Honda Jazz, Perodua Myvi, Toyota Vios antara jentera yang menyertai kategori ini. Baik, juara 2018 Roni yang memandu Honda Jazz sudah pasti akan sedaya-upaya mempertahankan kejuaraan ini. Apakah ianya mudah? Dari atas kertas dan peningkatan mendadak #343 yang dipandu Hendra dan Mohd Noorhadfizi yang memandu Honda Jazz telah mencatatkan masa terpantas bagi kategori 2m47s. Ini sekaligus menandakan, perseteruan antara #343 dan juara 2018 #411 akan menarik perhatian anda semua. Kami menjangkakan, #343 akan berusaha menduduki tempat pertama untuk menandakan, “real fight has begun!” Toyota Vios kendalian Sobree dari Thailand juga dikatakan telah mempersiapkan jentera mereka sebaik mungkin. Mereka pada mulanya dijangkakan akan memberikan saingan hebat pada musim 2018 bermula ada pasang – surutnya. Namun setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi mereka sekali bersiap-sedia bertempur lagi dengan Honda Jazz yang sangat dominan dalam kategori ini. Apakah ini bermakna peserta lain akan duduk diam? Sudah pasti tidak! Mungkin yang bukan dalam radar kita akan melonjak naik.
Panas memang panas. Kategori yang menarik dan semakin mendapat penyertaan ramai. Bagi peminat Honda Jazz, Perodua Myvi, Toyota Vios pastikan anda datang pada 16 Mac ini di Litar Sepang. MSF x Asia GT Festival!