Dengan berbesar hati, MSF ingin mengucapkan selamat datang kepada EXN Lube ke dalam siri-siri perlumbaan anjuran MSF. Penglibatan EXN Lube sudah pasti akan menambahkan lagi kemeriahan perlumbaan MSF yang sedia ada ini.
Matthew Tham : “Kita berminat untuk menjadi rakan penaja untuk MSF kerana melihat kapasiti MSF yang mampu menggerakan industri pemotoran secara besar-besaran dan EXN Lube juga ingin turut serta dalam kapal ini. Kami juga akan memberikan segala pengetahuan berkenaan minyak enjin kepada semua pelumba MSF dan selain dari memasarkan produk EXN yang diadun dengan formula istimewa khas permukaan litar Sepang yang terkenal dengan suhu melampau”.
Adian Yein : “Penglibatan EXN sebenarnya sudah bermula secara kecil-kecilan bersama MSF bermula pusingan akhir 2018 dan sekarang berskala yang lebih besar dari sebelum ini. Ya, penglibatan EXN sebenarnya membuktikan industri sedang bergerak laju dan kita sebagai pemain utama dalam industri ini harus bersama-sama berganding bahu menaikkan industri ini. Tanpa sokongan semua baik pelumba, bengkel, penganjur, dan penonton, kita ini tiada apa.”
Buat kepada EXN Lube, selamat datang ke Malaysia Speed Festival dan kerjasama ini amat diharapkan mampu menggerakkan industri pemotoran jauh lebih hebat dari sebelum ini.