Buat mereka yang berada di sekitar Litar Sepang, Dengkil, Bandar Baru Bangi, Nilai dan sekitarnya, pastikan anda mengosongkan tarikh ini iaitu 15, 16 dan 17 Mac untuk menyaksikan Asia GT Festival (MSF + China GT). Dengan harga tiket semurah RM20.00 di grandstand atau RM50 untuk 3 hari, RM35.00 di South Paddock atau RM50.00 bagi dua hari perlumbaan (16 dan 17) di South Paddock, ianya akan memberikan satu pengalaman yang tidak boleh anda lupakan sama sekali. Untuk membeli tiket boleh juga beli pada hari acara.
Kategori tertinggi dalam segmen Streetcar. Kuasakuda yang luarbiasa, irama turbo, ngauman 10,000rpm, rim 17, Hankook RS4, dengan catatan masa sudah mencecah 2m30s, tiada apa lagi yang perlu dipertikaikan. Kategori yang dikatakan menyamai MSF Ultimate (dulu Racecars Open) bezanya ada beberapa peraturan yang diperketatkan. 15 penyertaan, 8 daripadanya bernadikan turbo manakala selebihnya bernadikan NA atau majoritinya Vtec.
Antara yang dijangka menyengat dalam kategori? Sukar untuk dijangkakan. Ada beberapa nama besar dalam kategori ini. Antaranya, gandingan Chong Tun Lung dan Boy Wong #626 daripada pasukan Speed Racing Motorsports Honda EG6 K20, telah mula menunjukkan dominasi 2 pusingan terakhir apabila berentap hebat dengan juara 2018 Raja Imran. Azlan Malik #511 Honda EG6 K20 #511, orang lama SNF Desmond Yee dari N1 Racing #900 Honda Integra Dc5 K20, Shazull Hisham #922 Honda EG6 K20, #65 Nishiram yang bergandingan dengan Karamjit Singh Mitsubishi Evo. Ini antara muka-muka yang dijangka memberikan pertempuran sengit dan padu.
Dari atas kertas dan mengikut kebiasaan, #626, #511, #900, #922 akan berentap hebat dan bakal digempur oleh kuasakuda yang hebat #65. Atas kertas bakal memihak kepada #626 kerana 2 pusingan terakhir mereka sangat-sangat pantas dan tidak mustahil mungkin sampai dahulu ke garisan penamat. Masih lagi samar-samar, mungkin yang dijangkakan akan ditumpaskan oleh yang bukan dari radar.
Anda peminat jentera berkuasa tinggi ini, peminat Vtec, peminat tegar 4G63, atau turbo semata-mata, kosongkan tarikh 16/3/2019 di Litar Sepang, pertempuran ultimate. Pusingan pertama milik siapa? NA atau Turbo?