Buat mereka yang berada di sekitar Litar Sepang, Dengkil, Bandar Baru Bangi, Nilai dan sekitarnya, pastikan anda mengosongkan tarikh ini iaitu 15, 16 dan 17 Mac untuk menyaksikan Asia GT Festival (MSF + China GT). Dengan harga tiket semurah RM20.00 di grandstand atau RM50 untuk 3 hari, RM35.00 di South Paddock atau RM50.00 bagi dua hari perlumbaan (16 dan 17) di South Paddock, ianya akan memberikan satu pengalaman yang tidak boleh anda lupakan sama sekali. Untuk membeli tiket boleh juga beli pada hari acara.
11 buah penyertaan. Kategori ada ketikanya dibayangi oleh MSF Ultimate sedangkan dari sudut penyertaan di dalam 3 kategori di dalam kumpulan ke-4 ini, kategori inilah mendapat penyertaan yang teramai. Saingan? Jarang mengecewakan. Kedudukan tempat pertama acapkali bertukar. Tapi dalam pertukaran itu ada yang sangat konsisten dan membolehkan muncul juara keseluruhan. Ianya didominasi enjin yang bersifat variable valve!
Musim 2019, kategori amat sukar dijangkakan. Tapi peserta kegemaran sudah mengesahkan penyertaan. #989 Nanthan Kumar, #663 Harve Singh/Cy Khoo dari Driven Racing Team, dan #921 Fikri Rahim/Hafifi. Juara 2018? Pusingan pertama tidak sertai. Maka inilah peluang antara keempat-empat jentera ini merebut tempat pertama atau memungut sebanyak mata yang mungkin. Baik, siapa yang dijangka menyerlah atau bahasa sebenarnya menduduki tempat pertama? Atas kertas tampak seimbang. Tapi dari sudut pungutan mata yang tinggi adalah #921 dan #989. Mereka nampak seimbang. Bagi #663, mereka konsisten tapi entah mana silapnya mesti ada satu pusingan terkandas. Tapi bagi setiap pusingan dan kami menjangkakan pertempuran sengit antara#663 dan juga #921. Akan tetapi kesemuanya menggunakan enjin Vtec B18cR. Mungkin kejutan dari jentera berlainan akan mengganggu mereka. #295 Proton Satria Mivec Raja Imran satu-satunya jentera Mivec bagi tahun 2019 akan menggempur kem Vtec. Pantas, pusingan akhir ketika rolling start senafas sahaja beliau memotong peserta lain tetapi terpaksa memperlahankan jentera apabila mengalami masalah tali alternator tercabut. Mungkin ini yang mampu memecahkan dominasi Vtec.
Anda baca mungkin tertekan siapa yang bakal berada di hadapan. Inilah keunikkan kategori ini. Yang konsisten sahaja muncul juara. Pusingan pertama pembakar semangat. Simpan tarikh 17/3/2019 bagi peminat enjin variable valve. Saksikan aksi mereka di Litar Sepang nanti.