Panasnya permukaan litar begitu jugalah panas persaingan di dalam kategori ini. Super 1000 C merupakan salah satu kategori yang dinantikan. Aksinya sering tidak menghampakan. Disaat kita menjangkakan watak A akan muncul pemenang tempat pertama, ianyanya dinafikan 100 peratus dengan munculnya watak lain. Itulah menariknya kategori ini.
#44 Osama dari KAMI XDE DUIT TEAM, pada sesi kelayakkan tidak begitu menonjol. Namun pada saringan pertama mula menampilkan kegarangan dan menjelang saringan penentu beliau memberikan satu amaran keras, kejuaraan kategori dalam pemerhatian beliau. Apakah bukti beliau memberikan amaran itu? 7 saat meninggalkan #707 Haris dari Dobot Racing Team yang juga pada permulaanya bermula amat perlahan. Dominasi ini sangat jelas, untuk mengurangkan 7 saat sekaligus mencabar kedudukan tempat pertama dalam arena perlumbaan 2 roda memerlukan kerja keras pasukan dan ya, komitmen rider 200%.
Baik apakah jangkaannya? #44 lawan sebenarnya ialah #717 Chia Zhen Xian dari ICR Spartan. Kenapa? Jika anda melihat pertempuran lengkap pada saringan akhir mereka berdua bertempur semahu-mahunya hinggalah di lap terakhir dimana #44 mencuba disaat akhir persis Marquez menentang Dovizioso di Qatar GP 2019. Namun gagal sebagaimana Marquez sendiri, tapi kemenangan diberikan kepada #44 kerana #717 dikenakan penalti sebanyak 10 saat kerana telah mencatatkan masa terpantas 2m23s dan ini memaksa beliau menduduki tempat ke-7. Jangkaannya, jika #717 berjaya mengawal masanya, maka kejuaraan yang diintai #44 mungkin terganggu sama sekali. Kerana inilah lawan sebenarnya #44 dan inilah pertempuran yang amat dinantikan!
Anda teruja? Ya kami juga teruja kerana inilah pertempuran yang amat dinantikan. Saingannya amat sengit. Pastikan anda tidak kemana-mana pada 7-Julai-2019, dengan harga tiket yang amat murah RM35.00 sahaja untuk akses penuh paddock dan inilah tempat untuk anda menghabiskan hari minggu anda.