Walaupun antara kategori yang berkapasiti enjin yang rendah, kategori Super 1500 boleh dikatakan laju dan roket. Jangan pandang rendah kapasiti yang enjin yang rendah kerana mereka mampu menjadi igauan ngeri bagi mereka yang berkapasitikan enjin yang lebih tinggi. Masa terpantas dalam kategori 2m40s. Pantas bukan. Kategori ini ada irama dan muziknya. Kompang jika bermain secara berseorangan akan tempang bunyinya harus bermain bersama dan kompang akan dimainkan secara berjemaah di media sosial, manakala rebana dimainkan secara berseorangan hasil tetap unggul dan sedap.
Buat masa sekarang, kejuaraan telah beralih arah kepada tangan #916 Mohamed Hafez dari Todak-Fawster Racing Team setelah berjaya memenangi pusingan kedua dengan strategi tepat. Ini membolehkan #916 merampas kejuaraan dari tangan #636 Asrul Ali dari Estrada By Pulzar Malaysia Racing Team yang tersilap strategi dan menghukum beliau yang pada mulanya mendominasi kedudukan tempat pertama dengan agak selesa.
Baik apakah jangkaannya? Dari sudut catatan masa terpantas milik #378 Shamir/Sharil dari Rab Prodrag Team. Dari sudut kekerapan mendominasi kedudukan atas Top 2 untuk mudah faham, #636 dan #916. Tapi diantara tiga ini, #636 tidaklah pantas. Masa yang dicatitkan sekitar 2m41s. Namun kita semua tahu dan mereka berdua ini juga tahu, #636 tidak memberikan 100 peratus kudrat yang ada. Kenapa? Jika dilihatkan catatan masa sektor demi sektor, #636 ternyata amat pantas tambahan di sektor pertama dan ketiga. Ini jelas menunjukkan dalam bahasa mudah untuk difahami, “gua tunggu lu”. Banyak corak serangannya pada “musuh-musuhnya” adalah ketika zon “brake” dan selekoh. Jangkaan pusingan ketiga ini, sudah pasti kesilapan yang beliau lakukan tidak berulang, dan sudah pastinya kepedihan pusingan kedua akan cuba diganti balik.
Tapi awas, ada satu watak yang tidak pernah memukul kompang secara bising-bising di media sosial. #79 Mohd Fu’ad Yahya dari Pohskwworluz Konoha, dalam senyap-senyap seringkali menduduki podium dan buat masa sekarang mereka menduduki tempat kedua untuk kejuaraan. Konsistensi adalah taruhan mereka sekarang.
Siapa yang bakal menjadi rebana. Sekali ketukan, bunyinya sedap dan akan kekal hingga pusingan keempat. Siapakah yang akan menjadi tukang ketuk kompang secara berseorangan apabila tamatnya pusingan ketiga nanti? Jawapanya ada pada pusingan ketiga nanti pada 7-Julai-2019 di Litar Sepang, tiket hanyalah RM35.00 sahaja untuk akses penuh paddock.