MSF 2019 Pusingan ke-3, Jentera NA Membalas, Azwan Malek Terus Mara


Meskipun pusingan ini dijalankan selepas dari musim perayaan ianya tidak menghalang kira – kira 83 buah motorsikal berkuasa tinggi dan 195 buah kereta untuk berlumba pada pusingan ketiga di Litar Sepang baru-baru ini. Walaupun pada hari perlumbaan hujan mula turun sejak dari jam 7.00pagi hingga jam 11.00pagi, namun ianya tidak menghalang kehadiran hampir 3,000 penonton untuk terus setia menyaksikan perlumbaan yang tamat pada jam 8.30 malam.

MSF Superbikes

Azwan Malek #34 dari Madani Racing Team sekali lagi mengukuhkan penguasaan di dalam kategori Super 1000 Group A. Beliau yang bermula agak perlahan ekoran masalah cengkaman pada awalnya. Peluang ini diambil sebaik mungkin Tee Wee Jin #77 dari Hiap Aik Suzuki Racing Team untuk menduduki tempat pertama dengan meninggalkan pesaing di tempat kedua #219 Goh Jia Hao sebanyak 7 saat pada saringan pertama.

Menjelang pusingan penentu kemenangan iaitu saringan akhir, Azwan Malek yang bermula pada petak 14 terus meluncur pantas untuk memastikan kemenangan tempat pertama dapat dikekalkan. Menjelang berbakikan 3 lap lagi, maka pertempuran berebut tempat pertama bermula. #77 cuba bertahan dari dipintas, namun berjaya dipintas. Selepas berjaya memintas, #219 pula diasak. Ketika ini catatan masa 2m17s dicatitkan oleh kedua-kedua pelumba hebat ini. Mengambil peluang terbentang luas maka #34 segera memintas #219 dan sekaligus memecut untuk memastikan tempat pertama berjaya digenggam kemas buat kali kedua berturut-turut.

MSF Superturismo

Akhirnya pada pusingan ketiga ini, jentera yang bernadikan bukan turbo telah menghalang kemaraan jentera bernadikan turbo yang telah berjaya memenangi tempat pertama sebanyak 2 kali. Keifli Othman #560 yang memandu Honda Civic K24 telah memenangi tempat pertama dengan gayanya. Meskipun pada jangkaan awal pertempuran klasik antara #560 dan juga #21 Alif Hamdan dari Millenium Fatboy Penrite yang menggunakan Proton Satria 4wd turbo yang berkuasa tinggi sepertimana pusingan kedua baru-baru ini akan terjadi lagi sekali. Sebaik sahaja isyarat pelepasan dinyalakan, mereka berdua meluru pantas menuju ke selekoh pertama. #560 berjaya mendahului, menuju ke selekoh keempat dan di selekoh inilah #21 hilang kawalan dan sekaligus gagal menamatkan perlumbaan apabila terbabas di selekoh tersebut. Meskipun lawan terkuat #21 dan #29 Faidzil Alang dari Speed Demon Vtec Turbo gagal dalam pusingan kali ini, #560 telah menerima persaingan yang sangat sengit dari bintang muda Azlan Malik #50  dari Wenso Racing Team yang turut menggunakan jentera sama. #50 menyerang dari segenap penjuru dengan jarak tersangat rapat namun #560 berjaya bertahan. Sesuatu yang sangat mengejutkan apabila #50 berjaya mengekori #560 dengan jarak yang sangat rapat.

Semuanya berubah apabila kedua-kedua mereka memasuki pit sebagaimana yang ditetapkan di dalam peraturan. Kedua-keduanya keluar hampir sama jarak masa, namun nasib tidak menyebelahi #50 apabila mula jenteranya mula mengalami masalah dan ini memberi peluang #560 untuk mengukuhkan kedudukan tempat pertama dan sekaligus menjadi pemenang tempat pertama pada pusingan kali ini.

MSF Merdeka akan diadakan pada 31 Ogos 2019 nanti di Litar Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *