300km/h, lebih pantas dari MSF Ultimate dengan catatan masa 2m15s, memotong di selekoh sambil terkena siku pihak lawan. Dalam masa 8-10 saat di laluan lurus sudah pun mencecah 280km/h. Sudah cukup jelas, kategori ini merupakan paling ultimate di dalam MSF Superbikes.
Mereka diwajibkan memakai tayar yang sama dari keluaran Pirelli dan ini sudah pasti sedikit sebanyak meratakan padang pertempuran. Malah agak mengagumkan, meskipun kepantasan yang luar biasa, tayar ini masih mampu menerima asakan yang ekstrem dari pelumba MSF Superbikes dan terutamanya dari kategori yang luar biasa pantasnya.
Buat masa sekarang, Azwan Malek #34 sekarang ini boleh dikatakan agak selesa dan sudah pasti menjadi sasaran utama ditumpaskan. Malah menumpaskan beliau juga membuka kembali peluang kejuaraan yang jika ditakdirkan #34 tetap memenangi tempat pertama pada pusingan khas ini, maka kejuaraan ini sudah boleh dikatakan hampir pasti menjadi miliknya. Jadi, suka atau tidak #34 harus ditumpaskan pada pusingan kali ini. Mudahkah?
Dari atas kertas ya ianya merupakan satu tugas yang amat sukar. Dengan konsistensi yang ada, dengan catatan masa 2m15s cukup jelas #34 merupakan satu lawan yang amat sukar ditumpaskan buat masa sekarang. Pencabar terdekat #219 JiaHao Goh dengan perbezaan 100 mata, dengan catatan masa terpantas 2m17s mungkin agak sukar menumpaskan beliau namun harus diingat, pusingan kali ini 12 laps. 12 laps yang serba pantas, strategi yang tepat, konsisten dan mungkin boleh dikatakan siapa yang mampu mengawal penggunaan tayar akan berjaya. Mungkin #219 akan menggunakan strategi tersebut. Namun, dalam keghairahan #219 merapatkan jurang pungutan mata, beliau juga harus memastikan lawan terdekat #77 Tee Wee Jin yang hanya dibezakan 40 mata sahaja. Andai sedikit sahaja kesilapan akan memungkin #77 merapatkan kedudukan malah paling malang, memintas di tempat kedua.
Bagi kategori terpantas ini soalannya, mampukah #34 terus melebarkan jarak dengan lebih selesa? Atau #219 berjaya merapatkan kedudukan dan sekaligus menjadi ancaman terdekat buat #34? Andai kata anda peminat sukan bermotor dua roda yang super pantas, simpan tarikh ini 31 Ogos 2019 jumpa di Litar Sepang. Bermula dari jam 9am. Tiket berharga hanya RM35.00 sahaja untuk akses penuh paddock.