Pusingan enduro telah kami katakan, penentu kejuaraan dan pengubah rentak kejuaraan. Tersilap sedikit, meja kejuaraan akan berubah. Pendahulu kejuaraan mungkin mampu diasak hingga ke penjuru. Perkara ini telah berlaku di dalam kategori ini. SagaCup Casual ada dua sahaja kemungkinan, pendahulu kejuaraan akan menjadi juara 2019, yang mengasak mungkin akan menjadi juara.
#556 Khairul Azhar dari Millenium Motorsports Asia sekarang ini telah dan bakal diasak menjelang pusingan ini. Dengan hanya mempunyai kelebihan 50 mata sahaja sudah cukup menggambarkan betapa beliau sekarang ini harus suka atau tidak untuk menggigit terus kejuaraan ini wajib tiada wajib melainkan wajib untuk memenangi tempat pertama. Dengan kemenangan mutlak dua saringan berturut-turut dan mengharapkan saingan terdekat beliau menduduki tempat keempat. Pada pusingan akhir nanti dengan serendah-rendah kedudukan di tempat kelima, maka kejuaraan ini menjadi milik beliau.
Mudah? Tidak sama sekali. Sharina Ramlle #819 dari Estrada By Pulzar Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara setelah terlibat dengan program MSF x Proton R3. Menang di tempat pertama, mencatatkan masa terpantas dan sekaligus merapat kedudukan. Dari atas kertas buat masa sekarang tidak mustahil untuk beliau mengatasi #556. Beliau wajib dan tiada wajib melainkan wajib untuk memastikan #556 apa sahaja keputusannya harus berada satu takuk di bawah kedudukan yang beliau duduki. Dengan berbuat sebegini maka peluang menjadi bakal ditentukan pada pusingan akhir. Tapi untuk memastikan kejuaraan diasak hingga akhirnya sebaik-baiknya beliau harus menduduki tempat pertama. Wajib! Hanya dengan cara ini pusingan akhir bakal menjadi pusingan paling mendebarkan.
Tapi awas! Mereka tidak boleh terlalu pantas, tidak boleh terlalu ghairah dan meningkatkan kekuatan jentera masing-masing. Kategori Sagacup, melepasi sahaja had masa yang digariskan dan ditetapkan maka anda boleh mengucapkan selamat tinggal kejuaraan ini.
Panas, merunsingkan dan paling menarik pelumba wanita mengoncangkan sukan yang dipelopori oleh kaum lelaki. Tangan yang menghayun buaian bisa sahaja mengoncangkan dunia. Simpan tarikh ini, 13 Oktober 2019 di Litar Antarabangsa Sepang!