“Ada yang memburu, ada yang diburu, kau yang mana satu?” – Aman RA.
Kategori ini boleh dikatakan antara kategori yang kecohnya selain dari Street 1600. Cabar-mencabar antara satu sama lain di media sosial boleh dikatakan biasa saja. Terpantas, terlaju, dan apa sahaja yang mahu jadi namun, menjelang lagi dua pusingan terakhir ini ribuan mata akan menjurus kepada dua watak utama di dalam kategori ini. Merebut juara bagi musim 2019. Beza antara mereka hanya 40 mata sahaja.
#916 diekori rapat oleh #636. #916 dari Todak Racing – Fawster Super TR menaruhkan Mohamed Hafez untuk menguasai di dalam kategori ini. Manakala bagi pasukan Estrada By Pulzar Malaysia menaruh #636 yang dikendalikan oleh Asrul Ali. Buat masa sekarang #916 masih lagi mengekalkan tampuk kejuaraan. Namun diekori sangat rapat oleh #636. Ramalan? Sukar sebenarnya hendak menduga. Kerana mereka berdua dari atas kertas dan keputusan yang mereka perolehi sangat seimbang.
#636 punya tugas yang wajib untuk dipenuhi jika mahu merapatkan lagi kedudukan kejuaraan. Jika mahu kejuaraan ditentukan pada pusingan akhir kelak. Beliau harus memenangi tempat pertama bagi kedua-dua saringa dan mencatatkan masa terpantas juga bagi kedua-dua saringan. Hanya ini sahaja peluang untuk merapatkan kedudukan. Pilihan kedua beliau harus mengharapkan #916 menduduki dua tempat dibawah bagi kedua-dua saringan dari apa sahaja kedudukan yang beliau duduki. Maka dengan ini, beliau akan merampas kejuaraan ini dan untuk pengesahan kejuaraan ini menjadi miliknya hanya di pusingan akhir nanti.
Bagi #916, sifirnya mudah. Harus berada diatas kedudukan walau apa sahaja lawan terdekatnya dapat. Dengan cara ini sahaja kejuaraan yang dinikmati beliau akan kekal hingga pusingan akhir. Pusingan akhir barulah kejuaraan ini akan menjadi milik mutlak kepada beliau. Dari atas tekanan, #916 sebenarnya kurang tekanan. Hanya sekadar memastikan #636 tidak berada dihadapan beliau. Namun apakah mudah bagi #916? Apakah mudah misi yang hendak dilaksanakan oleh #636 juga?
Dari sudut tekanan dan misi, #636 mungkin menghadapi jalan sukar. Selain dari memburu #916, beliau juga diburu oleh #926 dari pasukan yang sama #916 yang dipandu oleh Admi Shahrul dan diburu juga oleh #378 dari Rab Prodrag yang dipandu oleh Shamir/Shahril. Maka tiada jalan mudah dan hanya satu jalannya, harus menduduki tempat pertama. Itu sahaja. Manakala #916 mungkin boleh mengharapkan bantuan #926, namun beliau juga harus memastikan #378 tidak mengganggu rancangan beliau. Beliau harus memastikan #378 tidak sama sekali berada di atas kedudukan beliau dan #636 berada di atas #378. Jika ini terjadi maka, pusingan akhir akan menjadi penentu segala-galanya.
Sangat rumit pertempuran di dalam kategori ini. Dijangkakan para peserta akan memberikan segala-galanya. 5 laps bagi setiap saringan maka kesilapan kecil bakal dihukum. Teruja? Jumpa di Litar Sepang pada 13 Oktober 2019.