Kategori baru, teknologi baru, semuanya mempunyai kapasiti enjin 1500 sahaja. Dengan peraturan yang sedikit ketat, padang pertempuran hampir sama rata dan ini yang mahu dilihat oleh para penonton. Honda Jazz, Perodua Myvi, Toyota Vios antara yang menghiasi kategori ini.
Bagi musim 2019, berkemungkinan besar kita akan melihat muka baru untuk menjuarai kategori ini. #146 yang dipandu oleh Chong Tun Lung/Fish Lai dari Flex Racing sangat selesa berada atas meja kejuaraan buat masa sekarang. Dengan perbezaan 435 mata satu perbezaan yang amat ketara. Jika konsistensi yang mereka tunjukkan, mungkin pusingan kelima mereka boleh menjadi juara bagi musim 2019.
Bagaimana mereka boleh jadi juara? Ada 2 cara yang membolehkan mereka mencium kejuaraan dengan lebih awal. Yang pertama, dengan rekod yang sedia ada dan membayangkan kemungkinan bakal menduduki tempat pertama kedua, ketiga atau tempat keempat pada pusingan ini. Maka mereka boleh terus bersorak dan merayakan kejuaraan trofi Turban Legend bagi musim ini. Andai kata cara pertama ini berjaya pusingan akhir akan datang mereka tidak menghadirkan diri, kejuaraan tetap di tangan mereka meskipun pungutan mata antara pencabar yang paling hampir sangat tipis
Yang kedua agak berisiko namun masih lagi mampu merangkul kejuaraan. Jika ditakdirkan tidak begitu menjadi pada pusingan kali ini dan mereka dikehendaki menduduki tempat kelima. Maka disinilah risikonya kerana kejuaraan ini akan ditentukan pada pusingan akhir. Ya, andai kata pusingan ini dan pusingan akhir menduduki tempat kelima sekalipun kejuaraan tetap di dalam tangan mereka namun sudah dinamakan perlumbaan sebarang malapetaka bila-bila masa sahaja boleh berlaku dan ini yang harus diambil-kira jika mahu menjadi juara dalam keadaan selamat.
Buat pencabar terdekat #343 Hendra/Mohd Noorhafidzi dari Fizzi Motorsports, mungkin sahaja kejuaraan tahun ini semakin nipis sahaja peluangnya. Namun sekali nipis pun peluang tersebut harus diharapkan jatuh ketangan mereka juga. Bunyinya kejam tetapi untuk merangkul kejuaraaan selain daripada mengharapkan #146 menduduki tempat keenam mahupun tercorot sekalipun juara masih ditangan mereka jadi satu cara sahaja yang tinggal, iaitu mengharapkan ada satu pusingan yang mereka gagal tamat dan pusingan kali ini #146 menduduki tempat kelima. Itu sahaja. Dengan peluang tersebut mungkin juara dalam tangan mereka.
Honda Jazz masih lagi mendominasi kategori ini meskipun pusingan awal dilihat ada model lain mahu menggugat. Meskipun berbeza tahun sebelumnya namun kali ini ada satu dua jentera yang sudah makin hampir meranapkan dominasi mereka. Simpan tarikh ini, 13 Oktober 2019 untuk menyaksikan kemungkinan juara bagi Super Production boleh menjadi milik #146.