Peraturan yang terbuka, modifikasi yang tiada had, penggunaan tayar semi-slick yang sangat berkualiti dari Hankook Z221 dan hasilnya, dalam rekod MSF catatan masa terpantas adalah 2m16s! Menakluk kategori bermakna anda menakluk dunia perlumbaan 4-roda. Tidak setuju? Anda boleh bersetuju untuk tidak bersetuju tapi ini adalah fakta. Himpunan pelumba terbaik Malaysia dan bengkel terbaik. Menjuarai kategori ini bermakna anda terbaik di dalam Malaysia. Kategori tertinggi di dalam MSF. Himpunan King Of The King.
Kejuaraan untuk kategori sememangnya panas dan selalu kejuaraan ini ditentu ketika pusingan akhir. Menjelang baki 2 pusingan ini persaingan merebut kejuaraan ini sangat sengit. Beza antara pendahulu kejuaraan dengan kedudukan kedua hanyalah 40 mata. 40 mata bagi kategori ini sangat-sangat tidak selamat kerana setiap pusingan bagi pesaing yang teratas ada sahaja dramanya. Siapakah yang sedang merebut kejuaraan ini? #50 Azlan Malik Honda EG6 K24 NA dari Wenso Racing dan #29 Faidzil Alang Honda EG6 Vtec Turbo dari Fawster 22Proshop.
Kedua-dua pernah gagal menamatkan perlumbaan. Tapi kedua-keduanya berjaya menamatkan perlumbaan besar iaitu MSF Enduro Merdeka. Jadi kedua-duanya berjaya mengumpul mata maksimum. Yang sedang mendahului kejuaraan adalah #50 dengan perbezaan 40 mata. Sangat-sangat tipis. Dengan rekod ada satu pusingan gagal ianya satu menjadi satu igauan ngeri. Bagi yang mengekori iaitu #29, pantas dan berkuasa tapi ada isu ketahanan dan ada juga satu pusingan gagal. Baik apakah kemungkinannya? #50 jika mahu melebarkan kejuaraan wajib bagi pusingan ini memenangi tempat pertama. Dengan cara maka menjelang pusingan akhir cukup menduduki tempat ketiga maka juara bagi kategori hebat berada di dalam pelukan tidur malam bagi pasukan ini.
Bagi #29, atas kertas mungkin memihak atas faktor kepantasan namun ada beberapa isu yang mereka adakalanya selalu hadapi dan ini memungkinkan kejuaraan bagi kategori semakin menipis jika tidak ditangani dengan begitu baik. Namun dari sudut rekod, mereka acap memenangi tempat kedua sedangkan prestasi #50 ada turun-naiknya dari sudut kedudukan podium. Strategi yang mungkin mereka akan ambil adalah persis pusingan pertama dimana mereka akan bertahan di saringan pertama dan saringan penentu akan berjuang habis-habisan dan hasilnya pada pusingan pertama mereka memenangi tempat pertama. Jika ini terjadi pada pusingan kelima nanti, maka pada pusingan akhir cukup sekadar menduduki tempat kedua maka juara di dalam tangan mereka.
Soalannya, kerana kategori ini bersifat pantas yang amat dahsyat. Apakah ramalan dan jangkaan ini menjadi kenyataan? Pusingan enduro baru-baru ini, segala ramalan telah terburai sama sekali. MSF Ultimate Masters, ultimate dari segenap penjuru. Sudahkah anda bersedia untuk menyaksikan aksi pertempuran yang dahsyat ini? Simpan tarikh ini, 13 Oktober 2019 di Litar Sepang. Harga tiket RM35.00 sahaja.