Seperti yang diperkatakan, tahun ini agak banyak kategori yang terpaksa ditentukan kejuaraannya pada pusingan akhir ini. Antaranya kategori terpantas untuk kategori street car, Super Street. Kategori SuperStreet boleh dikatakan agak kontroversi dari permulaan lagi kategori ini diperkenalkan. Dari anggapan enjin melepasi had kapasiti enjin yang ditetapkan oleh pihak lawan akibat ditinggalkan begitu jauh dan macam-macam lagi. Tapi itulah yang menarik perhatian peminat sukan 4 roda di Malaysia.
Siapa juara? #511 atau #900? Kekuatan atas kertas tampak seimbang. Kekuatan yang dimaksudkan adalah dari sudut atas podium. Kedua-duanya tidak pernah ketinggalan untuk bergambar atas podium dan membawa pulang mata berharga. Namun yang mendahului kejuaraan buat masa sekarang adalah #511 Azlan Malik dari Wenso Racing. Perbezaan pencabar terdekat sebanyak 15 mata sahaja. Satu kedudukan yang sangat rapuh. Menjelang pusingan akhir bila-bila masa sahaja tampuk kejuaraan yang dipegang buat masa sekarang akan terlepas. Tugas #511 hanyalah mudah, memastikan pencabar terdekat berada dibawah beliau. Akan tetapi dalam masa dalam memastikan lawan terdekat berada di bawah #511, serendah kedudukan yang harus #511 gigit rapat adalah tempat ketiga. Jika berada bawah dari kedudukan ini ancaman yang tidak disangka bukan dari pencabar terdekat akan tetapi dari peserta lain.
Bagi #900 Desmond Yee dari N1 Racing Team, suka atau tidak harus mengatasi #511 dalam apa juga kedudukan. Maka kejuaraan akan menjadi milik N1 Racing Team. Apakah mudah? Ya tidak dinafikan, menggunakan Honda Integra Type R Dc5 yang jauh lebih berat dari Honda Eg6 yang digunapakai oleh #511 merupakan satu defisit yang amat tinggi. Namun kekuatan utama #900 adalah konsistensi dari sudut ketahanan enjin dan ini mungkin membolehkan kejuaraan beralih arah akan tetapi, kedudukan yang harus digenggam kuat adalah tempat ketiga jika diandaikan #511 kecundang. Kenapa tempat ketiga serendah kedudukan yang harus dipertahankan?
#511 dan #900 memang bakal menjadi juara jika perancangan menjadi kenyataan. Tapi harus diingat, ada satu jentera yang amat padu diatas kertas dan boleh dikatakan setiap pusingan menduduki tempat pertama namun kecundang pada pusingan Merdeka Enduro. #626 dari Speed Racing Motorsports yang dipandu Boy Wong. Tidak mustahil pusingan kali ini tempat pertama bakal menjadi tempatnya dan hanya menantikan #511 dan #900 melakukan kesilapan yang dinyatakan di atas dan sekaligus menjadi juara.
#511 vs #900 vs #626, tampuk kejuaraan yang sangat rapuh. Strategi, konsistensi, dan mengurangkan kesilapan akan menjadi penentu kejuaraan. Milik siapakah trofi tahunan Thunderbolt bagi musim 2019? Simpan tarikh ini 1 Disember 2019 di Litar Sepang. Harga tiket RM35.00 bagi akses penuh dan percuma bagi K1 Grandstand!