Bukan setakat MSF Superturismo sahaja yang panas, malah MSF Superbikes juga turut panas apabila kejuaraan ini turut diheret hingga ke pusingan akhir. Silapnya cuma satu, pendahulu kejuaraan gagal pada pusingan enduro. Apabila gagal maka pencabar terdekat semakin merapatkan jurang dan inilah yang membuatkan kejuaraan terpaksa ditentukan pada pusingan akhir.
#74 Zulazmyalif merupakan pemegang tampuk kejuaraan buat sementara waktu. Memegang tampuk kejuaraan dengna berkelebihan 70 mata sebenarnya merupakan satu kedudukan yang goyah. Suka atau tidak #74 pada pusingna kali ini tidak boleh gagal sama sekali dan paling penting misi beliau harus memastikan #119 berada dibelakang dalam apa juga kedudukan pada penghujung perlumbaan nanti. Hanya dengan cara ini sahaja kejuaraan yang dipegang buat sementara waktu akan menjadi milik kekal #74. Susah? Dari atas kertas kelebihan lebih memihak kepada #74 kerana acapkali menduduki podium dan mendapat tempat pertama. Makanya pencabar terdekat #74 yakni #119 yang harus bekerja – keras.
#119 KS Ong yang menggunakan S1000RR dari atas kertas keputusan wajib bekerja-keras untuk memastikan peluang menjadi juara. Laluan agak sedikit sukar, kenapa? Baik, #119 jika menduduki tempat pertama terpaksa mengharapkan #74 menduduki tempat ketiga. Jika menduduki tempat kedua harus mengharapkan #74 menduduki tempat kelima. Bahasa mudah terpaksa mengharapkan #74 menduduki dua tempat kebawah dari kedudukan yang diduduki oleh #119. Maka ini sahaja membolehkan #119 menjadi juara 2019 sebanyak lebih kurang 20 mata. Sukar? Ya agak sukar laluan #119.
Tapi percayalah selagi mana kibaran bendera hitam selagi itulah peluang kejuaraan masih terbuka luas. Mereka yang punyai laluan sukar tidak boleh sesekali berputus-asa. Takdir dan jiwa “fighter” anda akan turut serta membuka jalan menjadi juara. #74 atau #119? Simpan tarikh ini, 1 Disember 2019 di Litar Sepang!