Street 1600 merupakan satu kategori yang menarik perhatian ramai peminat sukan bermotor. Semuanya kerana enjin-enjin dan jentera yang berentap majoritinya datang dari tahun 1990an dan sememangnya cukup dekat dengan hati peminat modifikasi dan minat sukan permotoran.
Ekoran kegilaan Faidzil Alang dan juga Alif Hamdan yang mencatatkan masa 2m33s secara puratanya dan juga kemunculan living legend MSF #60 yang turut dalam lingkungan 2m35s dan menang pada pusingan enduro Merdeka mengesahkan lagi Bseries harus dikawal.
Dikawal bukan bererti menindas. #60 JDM Racing pernah melalui zaman dimana Bseries defisit cc berbanding pencabar lain. Namun masih tetap mengungguli 6 tahun berturut-turut sebagai juara. Tahun 2020 Bseries tidak perlu kurang cc, hanya perlu menambah berat wajib 1000kg. Ianya mengundang kemarahan bagi segelintir pelumba BSeries, namun ada yang sudah bersiap-sedia. Ini sekaligus akan menaikkan lagi keseronokan maksimum khasnya penonton MSF. Padang pertempuran dijangka mungkin atau tidak..seimbang.
Soalannya apakah Bseries akan disembelih? Mungkin ya atau tidak. Mengambil kira kepantasan #2 Zaidi Ishak 2m37s, mungkin dengan penambahan berat 1000kg kepantasannya akan mengurang 2m39s. Namun bagi jentera lain dari bseries yang terpantas hanyalah 2m39s. Jika ini ramalannya ada dua kemungkinan. Terkubur ataupun masih lagi dominasi. Terkenal dengan kepelbagaian ratio yang ada, mungkin mereka masih lagi meluru pantas. Bagi B16 yang sedia-ada 2m39s mungkin bila-bila masa sahaja akan dibaham.
Selain dari vtec wajib 1000kg non-vtec 900kg. Kategori ini wajib selari dengan peraturan baru yakni mewajibkan satu tabung (muffler). Juga membangkitkan persoalan dan riuh-rendah peserta, namun bagi peserta vtec nampak gayanya pemasangan muffler bukan isu besar. Pakai muffler masih lagi roket.
Persoalannya sekarang, dengan pelbagai peraturan yang dikenakan dan ditakdirkan B16 masih lagi unggul. Apa jalan penyelesaiannya? Standby pada 15 Mac 2020 di Litar Sepang!